PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > LALUAN SENAWANG-PEDAS LINGGI KINI DIBUKA SEMULA KEPADA SEMUA KENDERAAN SECARA BERPERINGKAT

LALUAN SENAWANG-PEDAS LINGGI KINI DIBUKA SEMULA KEPADA SEMUA KENDERAAN SECARA BERPERINGKAT

plus open_for_traffic

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin memaklumkan bahawa laluan di antara Senawang dan Pedas Linggi di Lebuhraya Utara-Selatan yang ditutup sementara pagi ekoran tumpahan asid telah dibuka semula secara berperingkat kepada semua kenderaan mulai jam 1:10 tengahari ini.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menghala ke Utara dan Selatan kini boleh menggunakan laluan terbabit seperti biasa.

Pada masa yang sama, PLUS menasihatkan pengguna supaya mengikuti perkembangan trafik terkini melalui Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile atau aplikasi Waze atau Google Map.

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi semasa penutupan laluan terbabit.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter