Media Release

PLUS GIVES 10 PERCENT TOLL DISCOUNT TO CUSTOMERS ON 5TH FEBRUARY FOR CHINESE NEW YEAR-Discount Adds to Existing PLUSMiles Loyalty Program

 

PLUS and LPT2 highway customers will have the chance to enjoy 10 percent toll discount on 5th February in conjunction with the Chinese New Year.

PLUS' Managing Director, Datuk Azman Ismail said, “On 5th February, highway customers will be given 10 percent toll discount when they pay toll between 12:00am and 11:59pm. The discount is offered to reward our highway customers and celebrate the Chinese New Year.”

The 10 percent toll discount is given to Class 1 vehicle customers when paying toll at the PLUS Highway toll plazas on the North-South Expressway, the New Klang Valley Expressway (NKVE), the Seremban-Port Dickson Expressway (SPDH), the North-South Expressway Central Link (ELITE), the Malaysia-Singapore Second Link Highway (Linkedua), the Butterworth-Kulim Expressway (BKE), the Penang Bridge and the East-Coast Highway 2 (LPT2).

For example, even though the customer enters the highway at 8pm on 4th February but exits the highway at 1am on 5th February, the customer is still entitled to enjoy the discount.

However, the discount will not be offered for toll transactions made at the Tanjung Kupang Toll Plaza (Linkedua). The discount also excludes customers who are currently enjoying the existing Penang Bridge 20 percent toll discount.

The 10 percent toll discount is an addition to the current PLUSMiles Loyalty Program. Through the loyalty program, registered customers will earn 1 reward point for every kilometer they travel on the PLUS operated highways. PLUSMiles registered members who enjoy the 10 percent toll discount on 5th February are also entitled to receive the same PLUSMiles privileges.

The reward points can then be redeemed in the form of toll reload at selected PLUS customer service centers or merchandise and online voucher through the PLUSMiles portal at www.plusmiles.com.my. Registered PLUSMiles members can also enjoy various offers and attractive discounts from PLUSMiles business partners.

PLUS BERI DISKAUN TOL 10 PERATUS KEPADA PELANGGAN PADA 5 FEBRUARI 2019 SEMPENA TAHUN BARU CINA

Pemberian Diskaun Adalah Tambahan Kepada Program Kesetiaan PLUSMiles Yang Sedia Ada

Pelanggan kenderaan Kelas 1 yang menggunakan rangkaian Lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berpeluang menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus pada 5 Februari ini sempena Perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail, “Pada 5 Februari ini, pelanggan lebuh raya akan diberikan diskaun tol sebanyak 10 peratus ketika membayar tol di antara jam 12:00 pagi hingga 11:59 malam. Ia diberikan sebagai penghargaan terhadap sokongan pelanggan serta meraikan sambutan Tahun Baru Cina.”

Diskaun tol ini diberikan kepada pelanggan kenderaan Kelas 1 ketika mereka membayar atau membuat transaksi tol di Lebuh raya PLUS iaitu di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Jambatan Pulau Pinang serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan mula memasuki lebuh raya pada jam 8 malam pada 4 Februari tetapi keluar dari lebuh raya dan membuat bayaran/transaksi tol pada jam 1 pagi pada 5 Februari, mereka akan tetap layak menikmati diskaun tersebut.

Walau bagaimanapun, diskaun tersebut tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang. Ia juga tidak ditawarkan kepada pelanggan di Jambatan Pulau Pinang yang sedang menikmati diskaun tol 20 peratus yang sedia ada.

Pemberian diskaun tol ini juga merupakan tambahan kepada Program Kesetiaan PLUSMiles yang diperkenalkan oleh PLUS sebelum ini. Menerusi program kesetiaan ini, pelanggan yang berdaftar akan memperolehi 1 mata ganjaran bagi setiap 1 kilometer perjalanan mereka di lebuhraya PLUS. Pada 5 Februari ini, ahli PLUSMiles yang berdaftar yang mendapat diskaun tol 10 peratus akan turut menikmati ganjaran PLUSMiles ini.

Mata ganjaran tersebut boleh ditebus dalam bentuk tambah nilai tol di pusat khidmat pelanggan PLUS terpilih atau barangan atau baucar yang menarik secara online di laman web PLUSMiles di www.plusmiles.com.my. Selain itu, ahli PLUSMiles yang berdaftar juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran serta diskaun menarik daripada rakan-rakan niaga PLUSMiles.