Media Release

PLUS PREPARES ADDITIONAL MEASURES TO HELP CUSTOMERS ENJOY SMOOTHER AND COMFORTABLE TRAVEL ON CHINESE NEW YEARPLUS PREPARES ADDITIONAL MEASURES TO HELP CUSTOMERS ENJOY SMOOTHER AND COMFORTABLE TRAVEL ON CHINESE NEW YEAR

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is taking extra efforts to help highway customers enjoy smoother and more comfortable travel during the upcoming festive season.

PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail said, “We anticipate 1.9 million vehicles to utilize the North-South Expressway on every peak day during the upcoming Chinese New Year holidays. As such, PLUS has identified various strategies to help customers enjoy smoother and more comfortable journey on our highways during the festive seasons."

PLUS expects the North-South Expressway to record the highest traffic volume on February 1 to 4th, 6th, 9th and 10th.

"On these peak days, traffic volume on PLUS highways is expected to reach 1.9 million vehicles per day, an increase of 24 per cent compared to 1.45 million traffic on normal days," he said.

Among the strategies that will be taken to provide positive and intuitive journey experience during the festive season are:

No

Strategy

 

Explanation

1

Interactive Travel Time Advisory (TTA) Schedule between 31st January and 10th February

 

Highway customers can get their travel time recommendations through the PLUS Mobile App during the upcoming festive seasons.

2

Strengthening highway operations to provide more comfort

 

 
  1. 230 PLUSRonda teams for 24-hour patrolling.
  2. Opening of Emergency Lanes at 2 critical locations on the highway namely Simpang Pulai-Gopeng (Southbound) at KM287 - KM295.1 & Slim River-Sungkai (Northbound) at KM367.6 – KM360.5 on selected peak days.
  3. Activate Contra Flow at critical locations.
  4. Assign more than 5,000 highway personnel to assist customers.
  5. Locating emergency response teams in 14 strategic locations for faster assistance.
  6. Provide additional cranes and tow trucks.
  7. Reload Lane closure at the Toll Plaza between 31st January and 11th February for a smoother passage at toll plaza.
  8. Increase 25% on the number of staff & support teams along the highways.
  9. Stop road maintenance works between 1st February and 10th February.
  10. Provide up-to-date traffic information through Twitter PLUSTrafik, PLUSLine 1800 88 0000 toll-free line, PLUS Mobile App, Electronic Boards and traffic reports through major radio stations.

3

PLUSMiles Points

(1 kilometer = 1 reward point)

 

Applicable to Class 1 vehicle customers who are registered members of PLUSMiles.

Points may be redeemed in the form of Toll Reload at selected PLUS Customer Service Centres or redeem items or vouchers online at PLUSMiles website.

4

Giving away PLUS’s free ‘Buah Tangan’ Bag

 

With a purchase of RM38 at any PLUS rest & service area (in one receipt or maximum combination of 5 receipts).

The redemption period is between 31 January to 4 February & 7 February to 9 February.

Redemption can be made at Tapah RSA (Both bounds), Bukit Gantang Lay-by(Northbound), Pagoh RSA (Bothbounds) & Ayer Keroh (North bound) from 9 am to 9 pm.

5

RSA Special Promotion from PLUS Business Partners

 

Offered on 2, 3, 9 & 10 February at selected RSAs.

Teh ‘O’ or Kopi ‘O’ with only RM1.

Value Meal sets promotion at RM6.80.

6

Emergency ‘SOS’ Button on PLUS Application

 

The 'SOS' button enables customers to directly request for assistance when the button is activated.

Azman was quoted at a briefing to the media at Sime Darby Convention Centre (SDCC) today to unveil PLUS' preparations campaign in dealing with the increase of traffic for the upcoming festive seasons.

At the event, PLUS also launched its inaugural PLUS Chinese New Year commercial.

Also present were PLUS Chairman Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, Zakaria Ahmad Zabidi, PLUS Chief Operating Officer and Christine Liew, PLUS Chief Commercial Officer.

PLUS SEDIA LANGKAH TAMBAHAN BANTU PELANGGAN LEBUHRAYA NIKMATI PERJALANAN LEBIH LANCAR DAN SELESA PADA CUTI TAHUN BAHARU CINA

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyediakan langkah-langkah tambahan untuk membantu pelanggan lebuhraya menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa pada musim perayaan yang akan datang.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, “Kami menjangkakan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada setiap hari puncak pada cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang. Sehubungan dengan itu, PLUS telah mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa bersempena dengan musim perayaan tersebut.”

PLUS menjangkakan Lebuhraya Utara-Selatan akan mencatatkan jumlah trafik yang tertinggi pada 1 hingga 4 Februari, 6 Februari, serta 9 Februari hingga 10 Februari.

“Pada hari-hari puncak tersebut, jumlah trafik di lebuh raya PLUS dijangka mencecah 1.9 juta kenderaan iaitu peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding 1.45 juta trafik pada hari-hari biasa,” katanya.

Di antara strategi yang diambil oleh PLUS untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih positif dan intuitif di musim perayaan adalah:-

No

Strategi

 

Penerangan

1

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Interaktif untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 31 Januari hingga 10 Februari.

 

Kini, orang ramai boleh mendapatkan cadangan waktu perjalanan mereka menerusi Aplikasi PLUS pada musim perayaan yang akan datang.

2

Mantap Operasi Lebuhraya Untuk Beri Lebih Keselesaan

 
  1. 230 pasukan PLUSRonda untuk membuat rondaan 24-jam.
  2. Membuka Lorong Kecemasan di 2 lokasi kritikal di lebuh raya iaitu Simpang Pulai-Gopeng (Arah Selatan) di KM287– KM295.1 & Slim River–Sungkai (Arah Utara) di KM367.6 - KM360.5 pada hari jumlah trafik tinggi.
  3. Membuka Laluan Kontra di lokasi tertentu.
  4. Menyediakan lebih daripada 5,000 petugas lebuh raya untuk membantu pelanggan.
  5. Menempatkan pasukan bantuan kecemasan di 14 lokasi strategik untuk bantuan yang lebih pantas.
  6. Menyediakan kren dan trak tunda tambahan.
  7. Menutup Lorong Tambah Nilai di Plaza Tol di antara 31 Januari hingga 11 Februari untuk perjalanan lebih lancar di plaza tol.
  8. Menambah 25% kakitangan & pasukan sokongan di seluruh jajaran lebuhraya PLUS.
  9. Menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di antara 1 Februari hingga 10 Februari.
  10. Menyediakan maklumat trafik terkini menerusi Twitter PLUSTrafik, talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000, aplikasi PLUS Mobile, Papantanda Elektronik dan laporan trafik menerusi stesen radio utama.

3

Mata Ganjaran PLUSMiles

(1 kilometer = 1 mata ganjaran)

 

Diberikan kepada pelanggan kenderaan Kelas 1 yang merupakan ahli PLUSMiles yang berdaftar.

 

Mata ganjaran boleh ditebus dalam bentuk Tambah Nilai Tol di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS yang terpilih atau menebus barangan atau baucar secara online di laman web PLUSMiles.

4

Pemberian Beg ‘Buah Tangan’ PLUS Percuma

 

Dengan pembelian sebanyak RM38 di mana-mana hentian rehat PLUS (di dalam satu resit atau kombinasi maksimum 5 resit).

 

Tempoh Penebusan adalah di antara 31 Januari hingga 4 Februari & 7 Februari hingga 9 Februari.

Penebusan boleh dibuat di R&R Tapah (Kedua-dua Arah), Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Utara), R&R Pagoh (Kedua-dua Arah) & Ayer Keroh (Arah Utara) bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

5

Promosi Istimewa R&R daripada Rakan-Rakan Niaga PLUS

 

Ditawarkan pada 2, 3, 9 & 10 Februari di R&R terpilih.

Teh ‘O’ atau Kopi ‘O’ dengan harga RM1.

Tawaran Set ‘Value Meals’ makanan RM6.80.

6

Butang Kecemasan ‘SOS’ pada Aplikasi PLUS

 

Butang ‘SOS’ membolehkan bantuan disalurkan dengan segera apabila butang diaktifkan.

 

Azman berkata demikian pada majlis taklimat kepada wakil-wakil media di Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) hari ini bagi menghebahkan kempen persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik di musim perayaan yang akan datang.

Pada majlis tersebut, PLUS turut melancarkan iklan Tahun Baru Cina PLUS yang julung kali diterbitkan.

Turut hadir adalah Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim, Pengerusi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS dan Christine Liew, Ketua Pegawai Komersil PLUS.