PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > Travel Time Advisory > Rancang Perjalanan Anda

Rancang Perjalanan Anda

PLUSMiles FB_Carousal-02

PLUS menjangkakan trafik yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bersempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini meningkat kepada 21 peratus berbanding hari-hari biasa.

Oleh demikian, PLUS menyusun pelbagai pendekatan dalam memantapkan operasi pengurusan dan tahap perkhidmatan lebuh raya pada musim perayaan ini seperti berikut:

  • o Jadual Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA)
  • o Tawaran Rebat tol untuk perjalanan pergi dan balik ke kampung pada Hari Bukan Puncak
  • o Penutupan sementara lorong tambah nilai untuk melancarkan pergerakan trafik di Plaza Tol
  • o Memantapkan operasi pengurusan dan meningkatkan tahap perkhidmatan Lebuhraya
  • o Maklumat trafik terkini dan panduan perjalanan
  • o Penambahbaikan kaedah-kaedah untuk dapatkan bantuan di Lebuhraya dan lain-lain.

Di antara langkah-langkah yang akan diambil termasuklah menugaskan lebih ramai kakitangan di lebuh raya dan pusat kawalan trafik (TMC), menambah jumlah pasukan dan rondaan PLUSRonda, menempatkan pasukan-pasukan bantuan kecemasan di lokasi-lokasi strategik, pertambahan kawasan meletak kenderaan dan pembukaan tandas bergerak sementara di kawasan-kawasan rehat utama, menyediakan trak-trak tunda tambahan di lokasi terpilih, menempatkan lebih kurang 2,000 kakitangan di plaza-plaza tol, pemantauan trafik dari udara, menempatkan trak makanan bergerak di kawasan rehat dan plaza tol terpilih dan lain-lain lagi.


Webpage 2_Image_2


Selain itu, PLUS akan membuka laluan kontra di beberapa laluan yang kritikal untuk melancarkan trafik di laluan-laluan tersebut. Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan kontra tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak Polis.


Webpage 2_Image_3


Pastikan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go anda mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang.

- Pesanan dari Janna Nick

Webpage 2_image_4

Kesemua 134 Lorong Tambah Nilai di plaza tol Lebuhraya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun hingga 2 Julai yang akan datang.

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol, PLUS akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol mulai 22 Jun hingga 2 Julai.

Secara puratanya, satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan. Oleh itu, penutupan Lorong Tambah Nilai di plaza tol adalah amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh orang ramai beratur untuk menambah nilai kad mereka.

Webpage 2_image_5

Terdapat 9,200 lokasi tambah nilai yang lain. Sila klik http://bit.ly/2pAXrXm untuk mendapat info lanjut.

PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara.

FA TNG-POSTER_PLUS_A3-01_002

Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi. Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebih raya.

Webpage 2_image_6

Dapatkan kad PLUSMiles di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di sepanjang lebuhraya PLUS.

Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih. Sila klik http://www.plus.com.my/index.php?option=com_content&;;view=article&id=88&Itemid=112&lang=en.



































 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter