PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS’ STRATEGIES TO DISTRIBUTE TRAFFIC FOR SMOOTHER JOURNEY DURING AIDILFITRI HOLIDAYS

PLUS’ STRATEGIES TO DISTRIBUTE TRAFFIC FOR SMOOTHER JOURNEY DURING AIDILFITRI HOLIDAYS

media 3PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has identified several strategies and approaches to distribute the traffic and facilitate smoother and more comfortable journey on the mainline during the upcoming Aidilfitri exodus.

According to PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail, "We anticipate that 1.7 million vehicles will ply the North-South Expressway on every Peak Day this festive season, a 21 percent increase from the usual 1.4 million vehicles on a normal working day."

"As such, we have identified several strategies to distribute the traffic as well as strengthening our highway operations to help the public enjoy smoother and more comfortable journey this Aidilfitri."

TTA Prevents Vehicles Converging at the Same Location

PLUS continues to issue its Travel Time Advisory, a travel schedule to help the public in planning their Balik Kampung and Balik Kerja travel.

This year's TTA, which covers highway travel between 21 June and 3 July, is aimed at distributing traffic and reducing congestion on the mainline, toll plazas and rest areas.

Apart from preventing vehicles heading towards various destinations from entering the highway at the same time and contribute to traffic congestion, the TTA also plays an important role in preventing vehicles from converging at the same location at the same time.

"The sudden spike in the number of traffic on the mainline can lead to congestion. The situation tends to worsen if there are accidents or vehicle breakdowns on the same stretch."

"As such, we advise the public to plan their journey based on the TTA. Our studies and observation show the journey on the mainline becomes smoother when more highway users follow the TTA," said Azman.

Toll Rebate to Encourage Balik Kampung on Non-Peak Days

Apart from the TTA, PLUS is also offering toll rebates to those travelling on Non-Peak days.

A 30 percent toll rebate is offered to PLUSMiles cardholders travelling on 6 Non-Peak days which are 19, 20, 21, 28, 29 June and 3 July while a 10 percent toll rebate is offered for Touch 'n Go card users on the same dates.

"The rebate is given to those choosing to head back to their kampongs on Non-Peak days and help us to distribute the traffic on festive season," Azman added.

This year's rebate can be enjoyed by Class 1 vehicle users travelling more than 100 kilometres on the PLUS highways. It can be enjoyed throughout the day on the designated days.

On these days, highway users will still be required to pay toll in full. The 30 percent and 10 percent toll rebates (in a form of toll reloads) will be reloaded into their cards when they top-up their cards at all PLUS customer service centres from 15 July until 14 October.

The toll rebates are not offered for toll payments at Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang and Penang Bridge toll plazas.

Reload Lanes Closed for Smoother Passage at Toll Plaza

To facilitate smoother traffic flow during the upcoming Hari Raya Aidilfitri festive season, all toll plaza Reload Lanes on PLUS-operated highways will be closed. The move is aimed at reducing and preventing traffic congestion due to long queues at reload lanes at the toll plazas.

All 134 Reload Lanes at PLUS Highways toll plazas will be closed to the public beginning 22 June to 2 July.

"On average, a top-up process can take up to 3 minutes per vehicle. The closure is crucial to prevent long queues at toll plazas," Azman explained.

As such, PLUS advises all highway users to ensure that they have sufficient balance in their PLUSMiles or Touch 'n Go cards before they enter the highway. The public can top-up their cards at 9,200 other reload locations such as ATM machines, 24-hours convenience stores and petrol stations, to name a few.

Highway Operations

PLUS is also looking at other initiatives to strengthen its highway operations and management for the upcoming festive season.

"Among the initiatives are assigning more staff on the mainline and the Traffic Monitoring Centre (TMC), increasing the number of PLUSRonda patrol teams and rounds, collaborating with the relevant emergency and rescue teams to be on standby at strategic locations along the mainline, increasing the number of parking bays and adding more portable toilets at rest areas, assigning additional tow trucks at selected locations, placing more than 2,000 staff at toll plazas to assist highway users, aerial patrolling as well as adding more food trucks at rest areas," said Azman.

Upon clearance by the Police, contra flow will also be activated at selected locations along the mainline from time to time to facilitate traffic flow.

Latest Traffic Updates

Traffic updates are provided through the PLUSTrafik Twitter service, PLUS Mobile apps, the toll free PLUSLine at 1800 88 0000, electronic message boards on the mainline as well as traffic announcements via major radio stations.

"The public is also advised to use other navigation applications such as Waze and Google Map to avoid traffic congestion on the mainline," he added.

Emergency Assistance via PLUS Mobile Apps 'SOS' Function Button

Highway users in distress can now immediately contact the PLUS Traffic Monitoring Centre for emergency assistance via PLUS Mobile Apps 'SOS' function button.

"Upon notification received via the SOS button, the PLUS Traffic Monitoring Centre will immediately contact the highway user and coordinate rescue and emergency assistance," Azman explained.

Azman was quoted at a media conference highlighting PLUS' strategies for the upcoming festive season at Persada PLUS, today. Also present was PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi.


PLUS ATUR STRATEGI AGIH TRAFIK UNTUK PERJALANAN LEBIH LANCAR PADA CUTI AIDILFITRI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengatur beberapa strategi dan pendekatan khusus untuk mengagihkan trafik dan membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa pada cuti Aidilfitri yang akan datang.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, "Kami menjangkakan sebanyak 1.7 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari pada Hari-hari Puncak pada Aidilfitri ini. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding 1.4 juta kenderaan pada hari-hari biasa."

"Justeru itu, kami telah merangka beberapa strategi untuk mengagihkan trafik serta memantapkan operasi pengurusan lebuh raya bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lancar pada musim perayaan ini."

TTA Elak Kenderaan Berada Di Satu-Satu Lokasi Secara Serentak

Pada perayaan kali ini, PLUS sekali lagi mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka.

TTA kali ini, bagi perjalanan di lebuh raya pada 21 Jun hingga 3 Julai, merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat.

Selain daripada mengelakkan kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepada kesesakan, TTA juga bertujuan mengelakkan kenderaan berkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama.

"Lonjakan jumlah kenderaan yang tinggi di satu-satu lokasi pada masa yang sama sudah pastinya menyebabkan laluan menjadi sesak. Ini diburukkan lagi jika terdapat kemalangan atau kerosakan kenderaan berat di lokasi tersebut."

"Justeru itu, kami menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan supaya menyusun pelan perjalanan Balik Kampung dan Balik Kerja mereka berdasarkan kepada TTA. Berdasarkan kajian kami, apabila ramai yang mematuhi TTA untuk pulang ke kampung dan pulang semula ke kota selepas bercuti, semakin lancar perjalanan di lebuh raya," kata Azman.

Rebat Tol Untuk Tarik Orang Ramai Balik Kampung Pada Hari Bukan Puncak

Selain daripada TTA, strategi PLUS untuk mengagihkan trafik pada Aidilfitri kali ini adalah penawaran rebat tol pada Hari Bukan Puncak.

Rebat tol 30 peratus ditawarkan untuk transaksi tol menggunakan kad PLUSMiles selama 6 Hari Bukan Puncak iaitu pada 19, 20, 21, 28, 29 Jun dan 3 Julai. Manakala, rebat tol 10 peratus ditawarkan untuk transaksi tol menggunakan kad Touch 'n Go pada tarikh yang sama.

"Rebat ini diberikan kepada orang ramai yang memilih untuk bergerak pulang ke kampung pada Hari-hari Bukan Puncak dalam usaha kami mengagihkan trafik di musim perayaan," tambah Azman.

Selain itu, penawaran rebat 30 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles adalah untuk menghargai kesetiaan dan sokongan pemegang kad PLUSMiles. Manakala, rebat 10 peratus tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS," jelas Azman.

Rebat tol pada kali ini diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS. Ia ditawarkan sepanjang hari pada tarikh-tarikh tersebut.

Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober yang akan datang.

Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

Lorong Tambah Nilai Ditutup Untuk Lancar Trafik di Plaza Tol

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol, PLUS akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol.

Kesemua 134 LorongTambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun hingga 2 Julai yang akan datang.

"Secara puratanya, satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan. Oleh itu, penutupan Lorong Tambah Nilai di plaza tol adalah amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh orang ramai beratur untuk menambah nilai kad mereka," jelas Azman.

Tambah beliau, PLUS menasihatkan orang ramai supaya memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain yang terdiri daripada mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

Tingkat Tahap Perkhidmatan Lebuh raya

Selain daripada strategi pengagihan trafik, PLUS turut menyusun pelbagai pendekatan dalam memantapkan operasi pengurusan dan tahap perkhidmatan lebuh raya pada musim perayaan yang akan datang.

"Di antara langkah-langkah yang akan diambil adalah menugaskan lebih ramai kakitangan di lebuh raya dan pusat kawalan trafik (TMC), menambah jumlah pasukan dan rondaan PLUSRonda, menempatkan pasukan-pasukan bantuan kecemasan di lokasi-lokasi strategik, pertambahan kawasan meletak kenderaan dan pembukaan tandas bergerak sementara di kawasan-kawasan rehat utama, menyediakan trak-trak tunda tambahan di lokasi terpilih, menempatkan lebih kurang 2,000 kakitangan di plaza-plaza tol, pemantauan trafik dari udara, menempatkan trak makanan bergerak di kawasan rehat dan plaza tol terpilih dan lain-lain lagi," kata Azman.

Selain itu, PLUS akan membuka laluan kontra di beberapa laluan yang kritikal untuk melancarkan trafik di laluan-laluan tersebut. Walau bagaimanapun, pengaktifan laluan kontra tersebut bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak Polis.

Maklumat Trafik Terkini

Dalam pada itu, bagi membantu merancang perjalanan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi perkhidmatan Twitter @PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

"Orang ramai juga disarankan supaya menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Map untuk mengelakkan mereka terperangkap di dalam kesesakan," tambah beliau.

PLUS Mobile Apps Untuk Dapatkan Bantuan di Lebuh Raya

Sementara itu, PLUS turut membuat penambahbaikan terhadap aplikasi PLUS Mobile Apps dengan memasukkan butang fungsi 'SOS' bagi membolehkan pengguna lebuh raya terus menghubungi Pusat Kawalan Trafik PLUS untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan seperti kemalangan dan lain-lain.

"Sejurus menerima notifikasi, Pusat Kawalan Trafik akan terus menghubungi pengguna untuk mengkoordinasi bantuan kecemasan yang diperlukan," jelas Azman.

Azman ditemui pada taklimat kepada pihak media berhubung persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik musim perayaan di Persada PLUS, hari ini. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter