Media Release

ARBITRATION PROCEEDING BY CIMB GROUP HOLDINGS BERHAD AND CIMB SI 1 SDN BHD AGAINST PLUS MALAYSIA BERHAD

PLUS Malaysia Berhad (“PLUS”) notes the announcement made by CIMB Group Holding Berhad (“CIMB”) on 17 December 2018 pertaining to CIMB and its wholly owned subsidiary, CIMB SI 1 Sdn Bhd’s decision to initiate arbitration proceeding under the UNCITRAL Arbitration Rules against PLUS pursuant to the disputes under the Joint Venture Agreement dated 12 May 1998 and seeking of injunction to restraint PLUS from engaging in further business of the PLUS RFID system together with damages, interests and costs. PLUS hereby confirms that it has been served with the Arbitration Notice dated 17 December 2018 on the same date by CIMB.

PLUS firmly believes that the recent launch of the PLUS RFID targeted pilot, will promote choices to the rakyat as it offers options and convenience for customers to pay as you use, with credit and debit cards, in addition to the existing e-wallet and prepaid mode of payment provided by Touch ‘n Go. Touch ‘n Go’s e-wallet and prepaid payment remains one of the options in the PLUS RFID targeted pilot, PLUS therefore believes that it is not a breach of any agreement.  Giving additional choices to the highway users should be considered a virtue , in line with the spirit of   the Touch 'n Go  agreement to provide them the  best customer service. 

PLUS is looking forward to making our case in the arbitration proceedin

PROSIDING TIMBANG TARA KE ATAS PLUS MALAYSIA BERHAD OLEH CIMB GROUP HOLDINGS BERHAD DAN CIMB SI 1 SDN BHD 

PLUS Malaysia Berhad ("PLUS") mengambil maklum akan pengumuman yang dibuat oleh CIMB Group Holding Berhad ("CIMB") pada 17 Disember 2018 berkenaan dengan keputusan pihak CIMB dan CIMB SI 1 Sdn Bhd, anak syarikat milikan penuh CIMB,  untuk memulakan satu prosiding timbang tara terhadap pihak PLUS di bawah Kaedah - Kaedah Timbang Tara UNCITRAL berikutan dengan pertikaian di bawah Perjanjian Usaha Sama bertarikh 12 Mei 1998 dan permohonan injunksi untuk menghalang PLUS daripada terus terlibat di dalam perniagaan berkaitan dengan sistem RFID PLUS berserta dengan ganti rugi, faedah dan kos. Pihak PLUS dengan ini mengesahkan bahawa ia telah menerima Notis Timbang Tara bertarikh 17 Disember 2018  dari pihak CIMB pada tarikh yang sama 

Pihak PLUS percaya pelancaran ujian perintis bersasar PLUS RFID baru-baru ini berupaya untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat memandangkan ianya menawarkan lebih pilihan serta kemudahan kepada pengguna untuk membuat pembayaran melalui kad kredit atau kad debit, sebagai tambahan kepada sistem pembayaran dompet elektronik (E-wallet) dan pembayaran prabayar sedia ada yang disediakan oleh Touch ‘n Go E-wallet. Sistem pembayaran E-Wallet dan pembayaran prabayar oleh Touch ‘n Go masih tetap menjadi salah satu pilihan pembayaran di dalam ujian perintis bersasar RFID PLUS. Justeru itu, pihak PLUS percaya tidak terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana perjanjian. Dengan memberi pilihan pembayaran tambahan kepada pengguna-pengguna lebuh raya seharusnya dilihat sebagai satu kebaikan yang bermanfaat, selaras dengan semangat perjanjian Touch ‘n Go untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Pihak PLUS akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi tujuan penyediaan prosiding timbang tara tersebut.