PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS OFFERS 30 PERCENT TOLL REBATE, ISSUES TRAVEL TIME ADVISORY FOR AIDILFITRI

PLUS OFFERS 30 PERCENT TOLL REBATE, ISSUES TRAVEL TIME ADVISORY FOR AIDILFITRI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is offering toll rebates up to 30 percent and issuing a travel time advisory to distribute traffic on the highway this Aidilfitri.

“The 30 percent toll rebate is offered for 6 days from 19 until 21 June, 28 until 29 June and 3 July. It is part of an effort to distribute traffic during festive season and at the same time, reward our customers for their continuous support,” said PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

“The toll rebate is also offered in conjunction with the implementation of the full electronic toll transactions on all PLUS-operated highways since 26 April,” he added.

Meanwhile, Touch ‘n Go cardholders will be able enjoy a 10 percent toll rebate when they pay toll on the designated dates.

“The 30 percent toll rebate for transactions viaPLUSMiles cards is aimed at rewarding PLUSMiles loyal customers for their support. The 10 percent toll rebate, on the other hand, is given for electronic toll transactions via normal Touch ‘n Go cards,” Azman explained.

“Both rebates are offered to Class 1 highway users travelling more than 100 kilometres on all PLUS-operated highways. They can be enjoyed all day on the selected dates,” Azman explained.

During the designated dates, highway users will still be required to pay toll in full. The 30 percent and 10 percent toll rebates (in a form of toll reloads) will be reloaded into their cards when they top-up their cards at all PLUS customer service centres from 15 July until 14 October.

The toll rebates are not offered for toll payments at Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, TanjungKupang and Penang Bridge toll plazas.

TTA Helps Public to Plan Journey and Distribute Traffic on Peak Days

Similar to the previous festive seasons and long holidays, PLUS is also issuing a Travel Time Advisory (TTA) to help the public plan their journey and distribute traffic on the mainline on Peak Days between 21 June and 3 July.

The TTA enables PLUS to distribute traffic and prevents vehicles from converging at the same locations and time which contribute to traffic congestion on the mainline.”

TTA BI_raya_2017

Based on this year’s TTA, PLUS advises those planning to travel back their hometowns in Perlis, Kedah, Penang, North Perak and Johor to enter the highway before 10:00 am.

For those heading towards nearer destinations such as Selangor, Negeri Sembilan, Malacca, South Perak and Central Perak, they are advised to start their journey and enter the NSE after 10:00 am on the designated days.

“This will allow vehicles travelling to further destinations to exit the highway before vehicles heading towards nearer destinations start entering the mainline. This will prevent these vehicles from converging at various locations on the mainline and contribute to traffic congestion,” explained Azman.

PLUS anticipates 1.7 vehicles will ply the North-South Expressway every day on Peak Days this Aidilfitri. The figure translates to a 21 percent increase from 1.4 million vehicles per day on normal working days.

PLUS TAWAR REBAT TOL 30 PERATUS, KELUAR JADUAL PERJALANAN SEMPENA AIDILFITRI

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus serta mengeluarkan jadual perjalanan bagi membantu mengagihkan trafik pada cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang.

“Rebat tol 30 peratus tersebut ditawarkan sepanjang hari selama 6 hari iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29Jun dan 3 Julai. Ia merupakan sebahagian daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan dan pada masa yang sama, menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuhraya PLUS,” kata Pengarah Urusan, Datuk Azman Ismail.

“Ia juga bertepatan dengan pelaksanaan transaksi tol 100 peratus elektronik yang telah dilaksanakan di semua lebuh raya kendalian syarikat ini sejak 26 April lalu,” tambah beliau.

Sementara itu, pengguna kad Touch ‘n Go pula berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratuspada tarikh-tarikh tersebut.

“Penawaran rebat 30 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles adalah untuk menghargai kesetiaan dan sokongan pemegang kad PLUSMiles. Manakala, rebat 10 peratus tersebut diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS,” jelas Azman.

Rebat tol pada kali ini diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza-plaza tol di semua lebuhraya kendalian PLUS. Ia ditawarkan sepanjang haripada tarikh-tarikh tersebut.

Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go (dalam bentukTambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober yang akan datang.

Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, TanjungKupang dan Jambatan Pulau Pinang.

TTA Bantu Rancang Perjalanan dan Agih Trafik Pada Hari Puncak

Sementara itu, sepertimana pada tahun-tahun sebelum ini, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan WaktuPerjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak iaitu di antara 21 Jun hingga 3 Julai ini.

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.

Jadual tersebut berperanan mengelakkan orang ramai daripada memasuki lebuh raya secara serentak danmenyumbang kepada kesesakan.

TTA BM_raya_2017

Menurut Azman, “TTA memainkan peranan yang penting dalam mengagihkan trafik di lebuh raya. Berdasarkan kajian kami, apabila ramai mematuhi jadual perjalanan ini, ia dapat mengelakkan kenderaan yang menuju pelbagai destinasi bertembung di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama. Oleh itu, perjalanan menjadi lebih lancar dan lebih selesa.”

“Lonjakan jumlah kenderaan di lokasi dan pada masa yang sama sering menyumbang kepada kesesakan lalulintas pada musim perayaan dan waktu-waktu puncak. Justeru itu, kami menasihatkan orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-hari Puncak supaya mengikuti TTA.”

Berdasarkan TTA yang dikeluarkan oleh PLUS, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor disarankan supaya memulakanperjalanan dan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 10:00 pagi. Manakala, orang ramai yang menuju ke lain-lain negeri dinasihatkan memasuki lebuhraya selepas jam 10:00 pagi.

“Apabila saranan ini dipatuhi, kumpulan kenderaan yang bergerak ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor tidak akan bertembung dengan kumpulan yang bergerak ke negeri-negeri lain di Perak (Tengah), Perak (Selatan), Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

di lebuh raya. Sebaliknya, mereka akan berada di pelbagai lokasi berlainan sepanjang lebuh raya. Ini seterusnya boleh menjadikan perjalanan pulang ke kampung halaman dengan lebih lancar,” katanya.

PLUS menjangkakan sebanyak 1.7 juta kenderaan akanmenggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap haripada hari-hari puncak bersempena dengan perayaan Aidilfitri. Ia merupakan peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding 1.4 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter