PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS’ ROAD SAFETY SHORT VIDEO COMPETITION GRAND PRIZE WINNER DRIVES HOME A VOLKSWAGEN BEETLE

PLUS’ ROAD SAFETY SHORT VIDEO COMPETITION GRAND PRIZE WINNER DRIVES HOME A VOLKSWAGEN BEETLE

Winners rood_reels"Empat", the title of a road safety short video by Bakri Hafiz Hisham was selected as the winning entry of the PLUS MUFORS Road Reels short video competition. The winning video also made Bakri a proud owner of a brand-new Volkswagen Beetle worth more than RM130,000.

"Empat" defeated more than 300 other short videos submitted throughout the competition period.

Johan 2According to PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Managing Director, Datuk Azman Ismail, "The video contest is part of PLUS' strategies to educate and promote road safety. The contest offers the public an opportunity to voice and deliver their road safety messages and concerns through creative short videos."

The PLUS MUFORS Road Reels video competition also offered RM10,000 and RM8,000 cash prizes to second and third place winners. RM2,000 consolation cash prizes were also given to 4th to 10th place winners while the People's Choice winner walked away with RM3,000.

At the PLUS MUFORS Road Reels video competition prize giving ceremony held at Persada PLUS today, the runner-up went to video titled, 'An Open letter to Malaysians' by Chua Xian Jun while 'Eggspert Driver' by Chen Wei Choon came in third. 'Egocentric' by Muhammad Ariff Abu Zarin walked away with the People's Choice Award. (Please refer attachment for the full winner list)

Themed "Safer Together", this is the second road safety short video contest held, the first being in 2010.

"The video contest attracted participation from university students as well as the younger generations, all of whom supported PLUS' efforts to make road safety a culture. The videos submitted for the contest will play an important role in educating the masses and promote road safety," he added.3rd Place_2

The winning videos as well as some selected ones will be used as Public Service Announcement to relay road safety messages and at the same time, it will be promoted through various social media channels especially during long holidays and peak periods.

video4 2








PEMENANG UTAMA PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PLUS MUFORS ROAD REELS BAWA PULANG VOLKSWAGEN BEETLE

Video pendek keselamatan jalan raya bertajuk 'Empat' membolehkan Bakri Hafiz Hisham membawa pulang sebuah kereta Volkswagen Beetle bernilai lebih RM130 ribu pada pertandingan video keselamatan jalan raya, "MUFORS Road Reels" anjuran PLUS Malaysia Berhad (PLUS), hari ini.

Pada pertandingan tersebut, "Empat" mengenepikan cabaran lebih 300 video pendek lain.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, "Pertandingan video pendek ini merupakan salah satu daripada strategi PLUS mendidik orang ramai tentang keselamatan jalan raya. Ia juga sebagai platform kepada orang ramai untuk sama-sama menyampaikan mesej keselamatan jalan raya menerusi video pendek dengan cara yang lebih kreatif dan berkesan".

Pertandingan ini turut menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan RM8,000 untuk pemenang tempat kedua dan ketiga. Manakala, hadiah saguhati RM2,000 diberikan kepada pemenang tempat ke-4 hingga ke-10. Selain itu, pemenang Kategori Video Pilihan Ramai akan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek PLUS MUFORS Road Reels yang berlangsung di Persada PLUS hari ini, video 'An Open letter to Malaysians' karya Chua Xian Jun telah muncul di tempat kedua, manakala video 'Eggspert Driver' daripada Chen Wei Choon di tempat ketiga. Sementara itu, video 'Egocentric' karya Muhammad Ariff Abu Zarin' muncul pemenang Kategori Video Pilihan Ramai. (Sila rujuk lampiran untuk senarai penuh pemenang)

Bertemakan 'Safer Together', pertandingan ini merupakan kali kedua dianjurkan sejak 2010.

"Pertandingan video pendek ini telah menarik minat orang ramai untuk bersama-sama PLUS memperjuangkan dan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya kepada masyarakat. Secara tidak langsung, pertandingan ini boleh memainkan peranan yang besar dalam membudayakan keselamatan jalan raya di kalangan rakyat di negara ini," tambah beliau.<

Video-video yang memenangi pertandingan ini serta video-video yang bersesuaian akan digunakan sebagai Pesanan Khidmat Masyarakat PLUS bagi menyampaikan mesej keselamatan jalan raya dan seterusnya membantu membetulkan dan mengubah sikap negatif di jalan raya terutamanya ketika musim perayaan dan hari-hari puncak di mana jumlah kenderaan di lebuh raya meningkat secara mendadak.<

"Bersempena dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, jumlah trafik di lebuh raya kendalian kami dijangka meningkat secara mendadak. Oleh itu, PLUS akan menggunakan video-video yang sesuai dalam pertandingan ini untuk dikongsikan menerusi media sosial untuk mendidik orang ramai serta memberi kesedaran tentang pentingnya mengamalkan pemanduan berhemah serta lebih 'defensive' ketika berada di jalan raya," tambah Azman lagi.

Sepanjang tempoh pertandingan ini berlangsung, video-video pendek keselamatan jalan raya yang dihasilkan oleh para peserta ini telah dimuatnaik menerusi laman web MUFORS di www.plusmuforsroadreels.com.my. Sebanyak 10 video terbaik juga dibuka untuk undian Video Pilihan Ramai menerusi laman web tersebut.

Pemenang diadili berdasarkan empat kriteria utama iaitu keaslian, mesej bertepatan tema keselamatan, konsep, kreativiti serta pilihan ramai.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter