PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > ALL TOLL TRANSACTIONS AT ALL TOLL PLAZAS ON THE NORTH-SOUTH EXPRESSWAY TO GO FULLY ELECTRONIC FROM 26 APRIL 2017

ALL TOLL TRANSACTIONS AT ALL TOLL PLAZAS ON THE NORTH-SOUTH EXPRESSWAY TO GO FULLY ELECTRONIC FROM 26 APRIL 2017

PLUSMILES-SmallEffective 26 April 2017, all toll transactions at the remaining 71 toll plazas on the North-South Expressway (NSE) between Juru and Skudai will be conducted electronically. This includes all toll transactions on the New Klang Valley Expressway (NKVE) and the North-South Expressway Central Link (ELITE).

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Managing Director, Datuk Azman Ismail said, "With this implementation, toll transactions all toll plazas at all PLUS-operated highways from Bukit Kayu Hitam up north to Tanjung Kupang and Sultan Iskandar Building down south, including Penang Bridge, Butterworth-Kulim Expressway (BKE), ELITE, NKVE, Federal Highway Route 2 (FHR2), Seremban-Port Dickson Highway and Linkedua Highway will be fully electronic."

Before the final stage of fully electronic toll transaction implementation between Juru and Skudai Toll Plazas (71 toll plazas), the same initiative was successfully implemented in stages since 2008 (please refer to the chronology as attached).

"This means that no more cash transaction will be carried out and PLUS highway users have to pay toll electronically via PLUSMiles card, Touch 'n Go card or SmartTAG starting from 26 April," Azman explained.

The move is part of an effort to facilitate easier, faster and smoother toll transactions at toll plazas.

According to Azman, currently 87 percent of the total number of highway users utilizing the 71 toll plazas is paying toll electronically.

Paying toll electronically is much faster and smoother as a SmartTAG and Touch 'n Go lane can cater up to 1,000 and 600 toll transactions per hour respectively as compared to 180 transactions via Cash Exit Lanes.

"As such, we would like to advise the public utilizing the 71 toll plazas between Juru and Skudai to get their electronic cards," Azman said.

PLUSMiles cards are available at all PLUS Customer Service Centres along the PLUS Highway. The Centres are open daily from 7:00 am to 10:00 pm.

The implementation of the 100 percent electronic toll transaction initiative enables PLUSMiles cardholders to enjoy 5 percent toll rebate when they spend RM100 for toll payment in a month. PLUS also advises the existing PLUSMiles cardholders to redeem their toll rebates at any Customer Service Centre along the PLUS highway.

Currently, highway users are able to top-up their cards at 8,900 reload locations across the country. This includes ATM machines, 24-hour and convenience stores, hypermarkets, petrol stations, to name a few.

Earlier, the move was successfully carried out at other PLUS-operated highways such as Sultan Iskandar Building (2008), Linkedua highway (in stages since 2009), Kempas Toll Plaza (2014), Batu Tiga and Sungai Rasau (November 2014), Mambau and Lukut Toll Plazas on the Seremban-Port Dickson Highway (SPDH) in June 2015, Bukit Kayu Hitam and Jitra Toll Plazas (September 2015), Lunas and Kubang Semang on the Butterworth-Kulim Expressway (September 2015), Penang Bridge (September 2015) and Sungai Dua to Hutan Kampung stretch on the North-South Expressway (November 2016).

Azman was quoted at a media briefing at the Gunung Semanggol Rest and Service Area (RSA) (Southbound), today.

Also present were Malaysian Highway Authority Chairman, YB Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali and PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi.

SEMUA TRANSAKSI TOL DI SEMUA PLAZA TOL LEBUHRAYA UTARA-SELATAN DIKENDALI SECARA 100 PERATUS ELEKTRONIK MULAI 26 APRIL 2017

Bermula 26 April 2017, semua transaksi tol di 71 buah lagi plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan di antara Juru dan Skudai akan dikendalikan secara 100 peratus elektronik. Pelaksanaan ini turut melibatkan semua transaksi tol di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Azman Ismail, "Dengan pelaksanaan ini kelak, semua plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS bermula dari Bukit Kayu Hitam di utara hingga Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di selatan dikendalikan secara 100 peratus elektronik. Ini termasuklah transaksi tol di Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), ELITE, NKVE, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Linkedua."

Sebelum pelaksanaan peringkat akhir yang melibatkan laluan di antara Plaza Tol Juru hingga Plaza Tol Skudai (71 plaza tol) ini, inisiatif tersebut telah terlebih dahulu berjaya dilaksanakan secara berperingkat sejak 2008 (sila rujuk kronologi yang dilampirkan).

"Ini bermakna, bermula pada 26 April yang akan datang, tiada lagi transaksi secara tunai akan dikendalikan dan pengguna lebuh raya PLUS perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go ataupun SmartTAG," jelas Azman.

Secara tidak langsung, ia membantu orang ramai melalui plaza tol dan membayar tol dengan lebih mudah, lebih pantas dan lebih selesa.

Menurut Azman, pada ketika ini 87 peratus daripada keseluruhan pengguna lebuh raya PLUS yang menggunakan 71 plaza tol terbabit membayar tol menggunakan sistem elektronik.

Transaksi tol secara elektronik adalah jauh lebih pantas dan selesa berbanding pembayaran tol secara tunai di mana lorong SmartTAG dan Touch 'n Go mampu mengendalikan kira-kira 1,000 dan 600 transaksi tol satu jam. Manakala Lorong Tunai Keluar pula hanya mampu mengendalikan kira-kira 180 transaksi dalam tempoh yang sama.

"Justeru itu, kami menasihatkan orang ramai, khususnya yang melalui 71 plaza tol di antara Juru dan Skudai supaya mendapatkan kad elektronik masing-masing," kata Azman.

Kad PLUSMiles boleh diperolehi di semua pusat khidmat pelanggan di sepanjang lebuh raya PLUS yang beroperasi bermula jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari.

Pelaksanaan transaksi tol 100 peratus elektronik ini juga membolehkan pemegang kad elektronik, khususnya kad PLUSMiles menikmati rebat tol sebanyak 5 peratus apabila menggunakan kad tersebut untuk membayar tol sebanyak RM100 setiap bulan. PLUS juga menasihatkan supaya pemegang kad PLUSMiles yang sedia ada supaya menebus rebat tol mereka di mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan di sepanjang lebuh raya PLUS.

Pada ketika ini, terdapat kira-kira 8,900 lokasi tambah nilai kad elektronik di seluruh negara. Ia termasuklah menerusi mesin-mesin ATM, kedai 24-jam dan serbaneka, pusat beli belah, stesen minyak dan lain-lain.

Terdahulu, inisiatif yang sama telah berjaya dilaksanakan di semua plaza tol kendalian PLUS di Bangunan Sultan Iskandar (2008), lebuh raya Linkedua (secara berperingkat sejak 2009), Plaza Tol Kempas (2014), Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau (November 2014), Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) pada Jun 2015, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Jitra (September 2015), Plaza Tol Lunas dan Kubang Semang di Lebuhraya Butterworth-Kulim (September 2015), plaza tol di Jambatan Pulau Pinang (September 2015) serta Plaza Tol Sungai Dua hingga Hutan Kampung di Lebuhraya Utara-Selatan (November 2016).

Azman berkata demikian pada majlis taklimat pelaksanaan inisiatif tersebut kepada wakil-wakil media di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol (Arah Selatan), hari ini.

Turut hadir adalah Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, YB Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali dan Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi.

 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter