PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > INCREASE IN TRAFFIC DURING FESTIVE SEASON: PLUS SHARES ITS STRATEGIES TO DISTRIBUTE TRAFFIC AND STRENGTHEN HIGHWAY OPERATIONS

INCREASE IN TRAFFIC DURING FESTIVE SEASON: PLUS SHARES ITS STRATEGIES TO DISTRIBUTE TRAFFIC AND STRENGTHEN HIGHWAY OPERATIONS

In conjunction with the upcoming Lunar New Year holidays, operator of the North-South Expressway (NSE), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) has identified several strategies to distribute traffic and strengthen its highway operations to assist the public enjoy smoother journey on the mainline.

"We anticipate 1.6 million vehicles will be plying the NSE on every Peak Day during the festive season. The figure translates to a 15 percent increase as compared to the number of traffic on a normal working day," said PLUS Managing Director, Datuk Azman Ismail.

Based on previous festive seasons travelling patterns, PLUS expects traffic on the NSE will be at its peak on 26th, 27th, 28th, 29th, 30th and 31st January as well as 4th and 5th February.

"As such, our strategy is aimed at distributing traffic on these Peak Days by offering toll rebate and issuing Travel Time Advisory (TTA)," Azman explained.

50 Percent Toll Rebate for Electronic Toll Payment

PLUS will be offering 50 percent toll rebate to Class 1 vehicles paying toll via PLUSMiles cards, Touch 'n Go cards and SmartTAGs on the NSE and ELITE highway on 27 January, 30 January, 3 February and 4 February. The rebate is offered to those paying toll between 12 am and 6 am on the designated dates.

"This is part of a move to distribute traffic which is usually high during the day and encourage more users to travel at night," Azman added.

On these designated days, electronic paying users are still required to pay the normal toll rates before the rebate is credited into their electronic cards (in a form of toll reloads) when they top-up their cards at PLUS customer service centres between 15 February and 14 May 2017.

However, the toll rebate will not be applied to toll transactions at Penang Bridge, Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam and Sultan Iskandar Building toll plazas.

Travel Time Advisory (TTA)

Similar to the previous festive seasons and long holidays, PLUS has also issued a Travel Time Advisory (TTA) to help the public plan their journey and distribute traffic on the mainline.

According to Azman, "The TTA enables us to distribute traffic and prevents vehicles from converging at the same locations and time which contribute to traffic congestion on the mainline."

Based on this year's TTA, PLUS advises those planning to travel back their hometowns in Perlis, Kedah, Penang, North Perak and Johor to enter the highway before 12:00 pm.

For those heading towards nearer destinations such as Selangor, Negeri Sembilan, Malacca, South Perak and Central Perak, they are advised to start their journey and enter the NSE after 2:00 pm on the designated days.

"This will allow vehicles travelling to further destinations to exit the highway before vehicles heading towards nearer destinations start entering the mainline. This will prevent these vehicles from converging at various locations on the mainline and contribute to traffic congestion," explained Azman.

Azman was quoted a media briefing on PLUS strategies in coping with traffic increase held at Persada PLUS, today.

Also present were PLUS Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi and PLUS officials.

CNY-TTA-Schedule-English-12

Strengthening of Highway Operations for Smoother Journey

Azman added that to further promote smoother journey for the public during this festive season, PLUS has identified and will execute several other strategies, as follows:-

Strategy

No

Strategy

1

Assign 2,130 staff at 1,130 toll lanes to facilitate smoother toll transactions at toll plazas

2

Adding more PLUSRonda teams from the existing 322 teams to 339 teams to enable more rounds on the mainline

3

Assign more staff to manage the PLUSLine toll free helpline at 1800 88 0000

4

Collaborate with various emergency agencies to be on standby at 14 strategic locations along the mainline

5

Assign 1,500 maintenance staff at rest areas, lay-bys and the mainline

6

440 RELA personnel for traffic management at 69 locations

7

Traffic updates via PLUS Mobile Apps, PLUSTrafik Twitter service, PLUSLine and major radio stations

8

Additional parking areas at 18 locations

9

Portable toilet facilities at 21 selected locations

Strategy

No

Strategy

10

Contra Flow at critical stretches will be activated upon clearance from the Police

11

Additional cranes and tow trucks will be on standby at selected locations

12

No highway road pavement and maintenance works will be carried out between 26 January and 5 February

13

Aerial traffic surveillance between 27 and 30 January

14

Re-opening of upgraded rest areas such as Bukit Gantang Lay-by (Northbound), Machap Rest and Service Area (Southbound), Ayer Keroh Rest and Service Area (Southbound) and Senawang Lay-by (Northbound)


PERTAMBAHAN TRAFIK DI MUSIM PERAYAAN :

PLUS ATUR STRATEGI AGIH TRAFIK DAN MANTAP OPERASI LEBUH RAYA

Petaling Jaya, Rabu:- Bersempena cuti Perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang, syarikat pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah merangka beberapa strategi khusus untuk mengagihkan trafik serta memantapkan operasi pengurusan lebuh raya bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lancar dan selesa.

"Kami menjangkakan sebanyak 1.6 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama negara tersebut setiap hari pada Hari-Hari Puncak bersempena dengan cuti perayaan yang akan datang. Jumlah tersebut merupakan pertambahan sebanyak 15 peratus berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa," kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.

Berdasarkan trend perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu, PLUS juga menjangkakan Hari-Hari Puncak di mana jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan adalah tinggi akan jatuh pada 26, 27, 28, 29, 30 dan 31 Januari serta 4 dan 5 Februari.

"Oleh itu, strategi kami adalah untuk mengagihkan trafik pada hari-hari tersebut menerusi penawaran rebat tol serta mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)," jelas Azman.

Rebat Tol 50 Peratus Untuk Pembayaran Tol Secara Elektronik

PLUS akan menawarkan Rebat Tol sebanyak 50 peratus bagi pengguna Kenderaan Kelas 1 di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE yang menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG untuk membayar tol di antara jam 12 malam hingga 6 pagi pada 27 Januari, 30 Januari, 3 Februari dan 4 Februari ini.

"Ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik yang lazimnya amat tinggi pada waktu siang dan membahagikan sebahagian daripadanya ke waktu malam hingga awal pagi," tambah Azman.

Pada hari-hari tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa, tetapi rebat tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka dalam bentuk Tambah Nilai apabila mereka menambah nilai kad elektronik masing-masing di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di antara 15 Februari 2017 hingga 14 Mei 2017.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak ditawarkan bagi pembayaran tol di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)

Sepertimana sambutan perayaan dan cuti panjang pada tahun-tahun lalu, PLUS sekali lagi mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dan mengagihkan trafik bagi perjalanan di antara 26 Januari hingga 5 Februari.

Menurut Azman, "TTA membantu kami mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan terkumpul dan 'bertembung' di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama kerana ia boleh menyumbang kepada kesesakan."

Berdasarkan TTA kali ini, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara dan Johor boleh mula bergerak dan memasuki lebuh raya sebelum jam 12:00 tengah hari.

Bagi orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula dinasihatkan bergerak dan memasuki lebuh raya selepas jam 2:00 petang.

"Ini membolehkan kenderaan ke destinasi jarak jauh untuk keluar dari lebuh raya sebelum kumpulan kenderaan bagi perjalanan lebih dekat mula memasuki lebuh raya sekaligus, mengelakkan mereka berada di lebuh raya pada masa yang sama dan menyumbang kepada kesesakan," jelas Azman.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media berhubung persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik menjelang cuti perayaan Tahun Baharu Cina di Persada PLUS, hari ini.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Operasi, Mohammad Fuad Khusairi dan pegawai-pegawai PLUS.

CNY-TTA-Schedule-Malay-12

Mantap Operasi Lebuh Raya Untuk Keselesaan Orang Ramai

Tambah Azman, PLUS juga akan mengambil langkah-langkah berikut untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan yang akan datang:-

Strategi

No

Strategi

1

Menempatkan sebanyak 2,130 kakitangan di 1,130 lorong tol untuk melancarkan transaksi tol

2

Menambah jumlah pasukan PLUSRonda daripada 322 pasukan pada hari biasa kepada 339 pasukan. Ini membolehkan lebih banyak rondaan diadakan untuk membantu orang ramai.

3

Menambah bilangan petugas Pusat Kawalan Trafik yang mengendalikan talian bantuan PLUSLine 1800 88 0000

4

Berkerjasama dengan pelbagai agensi bantuan kecemasan untuk bersedia di 14 lokasi strategik sepanjang lebuh raya

5

Menempatkan kira-kira 1,500 kakitangan penyelenggaraan di kawasan rehat, hentian sebelah dan lebuh raya

Strategi

No

Strategi

6

440 anggota RELA ditempatkan di 69 lokasi sepanjang lebuh raya untuk membantu pengurusan trafik

7

Maklumat trafik terkini disediakan menerusi aplikasi PLUS Mobile App, Twitter PLUSTrafik, talian Bebas Tol PLUSLine 1800 88 0000 serta siaran radio-radio utama

8

Tempat meletak kenderaan tambahan disediakan di 18 lokasi terpilih

9

Kemudahan Tandas Bergerak disediakan di 21 lokasi terpilih

10

Laluan Kontra di laluan-laluan kritikal akan diaktifkan setelah mendapat kelulusan pihak Polis

11

Kren dan trak tunda tambahan diletakkan di dalam keadaan bersedia di lokasi tertentu

12

Pemberhentian sementara kerja-kerja penyelenggaraan jalan di antara 26 Januari hingga 5 Februari

13

Pemantauan trafik dari udara di antara 27 hingga 30 Januari

14

Membuka semula Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Utara), R&R Machap (Arah Selatan), R&R Ayer Keroh (Arah Selatan) & Hentian Sebelah Senawang (Arah Utara) yang telah dinaiktaraf

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter