PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > CHRISTMAS HOLIDAYS: PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE FOR ELECTRONIC TOLL TRANSACTIONS

CHRISTMAS HOLIDAYS: PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE FOR ELECTRONIC TOLL TRANSACTIONS

Petaling Jaya, Thursday:- PLUS highway users on the North-South Expressway (NSE), North-South Expressway Central Link (ELITE) and the New Klang Valley Expressway (NKVE) paying toll electronically for their long distance travel (more than 100 kilometres) will be able to enjoy a 20 percent toll rebate in conjunction with Christmas holidays.

PLUS Malaysia Berhad Managing Director, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid said, "Highway Class 1 users (light vehicles with 2 axles and 3 or 4 wheels except taxi) travelling more than 100 kilometres and paying toll electronically via PLUSMiles cards, Touch 'n Go cards or SmartTAGs will be able receive a 20 percent toll rebate for electronic toll transactions on 25 December (Sunday) in conjunction with Christmas holidays."

According to Noorizah, the public paying toll electronically will still be required to pay the normal rate on 25 December. However, the 20 percent toll rebate (in a form of toll reload) can be redeemed when they reload their electronic cards at all PLUS customer service centres between 15 January 2017 and 14 April 2017.

The toll rebate is aimed celebrating Christmas and is part of an effort to encourage the public to switch to electronic toll payment system which is easier and faster.

"The toll rebate can be enjoyed the whole day and is not restricted to a particular time frame," Noorizah explained.

The toll rebate however does not apply at these following toll plazas - Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar and Penang Bridge.

Based on its studies on travelling patterns during previous festive seasons, PLUS expects the traffic on the NSE to increase by 14 percent to 1.6 million vehicles every day between 23 December 2016 and 3 January 2017 as compared to 1.4 million on normal days.

Whatsapp Poster_on_Rebate_Krismas_2016-02

PLUS TAWAR REBAT TOL 20 PERATUS UNTUK PEMBAYARAN TOL ELEKTRONIK SEMPENA CUTI KRISMAS

Petaling Jaya, Khamis:- Pengguna rangkaian lebuh raya PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) yang membayar tol secara elektronik untuk perjalanan melebihi 100 kilometer berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas yang akan datang.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid, "Pengguna Kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) yang bergerak untuk perjalanan jauh (melebihi 100 kilometer) yang membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu menerusi kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go dan SmartTAG berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 25 Disember (Ahad) bersempena dengan Hari Krismas."

Menurut Noorizah, untuk perjalanan pada 25 Disember ini, pengguna sistem elektronik masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat tol 20 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad Touch 'n Go atau kad PLUSMiles masing-masing (dalam bentuk tambah nilai) di antara 15 Januari 2017 sehingga 14 April 2017 akan datang di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

Pemberian rebat tol oleh PLUS ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Krismas yang akan datang. Selain itu, ia adalah di antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas.

"Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari dan tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja," jelas Noorizah.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS turut menjangkakan jumlah trafik di Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat sebanyak 14 peratus kepada 1.6 juta kenderaan setiap hari di antara 23 Disember 2016 hingga 3 Januari 2017 bersempena perayaan Hari Krismas dan cuti Tahun Baharu berbanding 1.4 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.

Whatsapp Poster_on_Rebate_Krismas_2016-01_BM


 

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter