PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > PLUS MOHON MAAF KESESAKAN TERUK LALUAN KE UTARA

PLUS MOHON MAAF KESESAKAN TERUK LALUAN KE UTARA

icon8PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memohon maaf kepada semua pengguna Lebuhraya Utara-Selatan yang mengalami kesulitan akibat kesesakan trafik yang teruk bagi laluan ke utara di antara Simpang Pulai-Ipoh hari ini.

Untuk makluman, kesesakan tersebut adalah disebabkan oleh satu kemalangan yang membabitkan lori tangki (Kelas 2) yang membawa muatan diesel terbalik di KM256.5 (Arah Utara) berhampiran Terowong Menora (Ipoh) ke Kuala Kangsar pada jam 8:30 pagi tadi. Kemalangan tersebut telah menyebabkan kesemua laluan arah ke utara terhalang.

Untuk memastikan laluan tersebut selamat untuk pengguna lebuh raya, PLUS bersama agensi-agensi berkaitan seperti pasukan bomba, polis, Jabatan Alam Sekitar serta Hazmat telah menjalankan kerja-kerja pengalihan dan pembersihan tumpahan diesel di lokasi terbabit.

Selain itu, bagi membantu mengurangkan kesesakan di lokasi kejadian, PLUS juga telah mengarahkan semua kenderaan yang menuju ke arah utara untuk keluar di Plaza Tol Ipoh Selatan,mengaktifkan laluan kontra dan mengarahkan kenderaan membuat pusingan-u di lokasi kejadian.

Kerja-kerja pengalihan dan pembersihan telahpun selesai dan laluan telah dibuka semula kepada semua kenderaan pada jam 2:00 petang tadi.

PLUS juga menasihatkan kepada pengguna yang belum memulakan perjalanan agar merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS melalui talian PLUSLine di 1800 88 0000, plustrafik twitter atau menerusi aplikasi PLUS Mobile.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter