PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > PLUS NAMES DATUK AZMAN ISMAIL AS NEW MD

PLUS NAMES DATUK AZMAN ISMAIL AS NEW MD

DATUK AZMAN_ISMAILThe Board of PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is pleased to announce the appointment of Datuk Azman Ismail as the Company's Managing Director (MD), effective 1 January 2017.

Datuk Azman, a graduate of University of Nebraska-Lincoln, USA where he earned his Bachelor of Science in Chemical Engineering, was formerly Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and General Manager of Retail Business overseeing Shells' petroleum retailing in Malaysia and Brunei – two positions he held concurrently.

"Datuk Azman has had a distinguished 30-year career at Shell where he held several key roles including those in operations, retail as well as finance, and recorded numerous achievements. Given his competencies and years of experience, we're convinced he will continue to steer PLUS in achieving all of its goals and objectives," said Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, Chairman of PLUS.

This was echoed by Dato' Izzaddin Idris, Group Managing Director of UEM Group Berhad who said, "Datuk Azman's leadership, hands on experience and track record in building a business and growing a company will definitely benefit the Company and I am confident he will lead PLUS forward."

Tan Sri Dato' Mohd Sheriff added that PLUS' current MD, Dato' Noorizah Hj Abdul Hamid has opted for retirement though at the request of the Board, has agreed to stay on for an interim period to assist Datuk Azman familiarize with the operations of PLUS ensuring a smooth leadership transition.

The Board of PLUS wishes to extend its heartfelt gratitude to Dato' Noorizah whose leadership for nine years has led the Company to achieve many successes

PLUS UMUM DATUK AZMAN ISMAIL SEBAGAI PENGARAH URUSAN

Ahli Lembaga Pengarah PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ingin mengumumkan pelantikan Datuk Azman Ismail sebagai Pengarah Urusan (MD) syarikat berkuatkuasa 1 Januari 2017.

Datuk Azman merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Kimia daripada Universiti Nebraska-Lincoln, Amerika Syarikat. Beliau adalah bekas Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan juga Pengurus Besar Peniagaan Runcit yang menyelia perihal peruncitan Shell Petroleum di Malaysia dan Brunei. Kedua-dua jawatan ini disandang oleh beliau serentak.

"Dengan pengalaman selama 30 tahun di Shell, Datuk Azman menyandang pelbagai jawatan utama termasuklah dalam operasi, peruncitan serta kewangan. Dengan kecemerlangan perkhidmatan dan pengalaman beliau, kami yakin beliau dapat menerajui PLUS dalam merealisasikan objektif dan hala tuju syarikat," menurut Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim, Pengerusi PLUS.

Ini turut disokong oleh Dato' Izzaddin Idris, Pengarah Urusan, UEM Group Berhad,"Dengan kepimpinan, pengalaman serta keupayaan Datuk Azman menjana pembangunan perniagaan dan syarikat, pelantikan ini dapat membawa manfaat dan meneruskan kecemerlangan PLUS pada masa hadapan."

Penyandang jawatan Pengarah Urusan, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid telah memilih untuk bersara walaupun pada asasnya beliau bersetuju untuk membantu Datuk Azman bagi jangka masa tertentu dalam hal berkaitan operasi bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan dengan lancar, tambah Tan Sri Dato' Mohd Sheriff.

Ahli Lembaga Pengarah PLUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Noorizah yang telah menerajui PLUS selama 9 tahun. Menerusi kepimpinannya, PLUS telah mencatat kejayaan dan pencapaian yang cemerlang.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter