PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Laman Utama > Media > NINE TOLL PLAZAS IN THE NORTH TO GO FULLY ELECTRONIC FROM 30 NOVEMBER

NINE TOLL PLAZAS IN THE NORTH TO GO FULLY ELECTRONIC FROM 30 NOVEMBER

PLUSMILES-SmallAll toll transactions at nine toll plazas up north on the North-South Expressway (NSE) will be conducted electronically via PLUSMiles cards, Touch 'n Go cards or SmartTAGs beginning 30 November. These toll plazas are Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam and Sungai Dua.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Chief Operating Officer, Mohammad Fuad Khusairi said, "The move is part of an effort to encourage highway users to pay toll via electronic toll collection system which is easier and faster."

PLUS is aggressively conducting various promotions to encourage more users utilizing the nine toll plazas to pay toll electronically.

"Among the initiatives is the sale of RM5 PLUSMiles cards (with pre-loaded RM5 value) until 31 December," Fuad elaborated.

Class 1 vehicles users paying toll electronically at the 9 toll plazas will also be able to enjoy 10 percent toll rebate between 30 November until 31 January 2016.

According to Fuad, currently more than 70 percent of the total number of users at the affected toll plazas is paying toll electronically.

For the record, the move was successfully carried out at other PLUS-operated highways such as Sultan Iskandar Building (2008), Linkedua highway (in stages since 2009), Kempas Toll Plaza (2014), Batu Tiga and Sungai Rasau (November 2014), Mambau and Lukut Toll Plazas on the Seremban-Port Dickson Highway (SPDH) in June 2015, Bukit Kayu Hitam and Jitra Toll Plazas (September 2015), Lunas and Kubang Semang on the Butterworth-Kulim Expressway (September 2015) and Penang Bridge (September 2015).

"Paying toll electronically is much faster and smoother as compared to cash as a SmartTAG and Touch 'n Go lane can cater up to 1,000 and 600 toll transactions per hour as compared to 180 transactions via Cash Exit Lanes," Fuad explained.

Fuad was quoted at a briefing to the media at the Grand Alora Hotel, today.

SEMBILAN PLAZA TOL DI UTARA BEROPERASI SECARA 100 PERATUS ELEKTRONIK MULAI 30 NOVEMBER

Petaling Jaya, Rabu:- Sembilan buah plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan di utara akan mula beroperasi secara 100 peratus elektronik mulai 30 November yang akan datang iaitu Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua.

"Bermula pada tarikh tersebut, semua transaksi tol di 9 plaza tol terbabit akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad Touch 'n Go, kad PLUSMiles atau SmartTAG sahaja," kata Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohammad Fuad Khusairi.

Langkah ini merupakan salah satu daripada inisiatif PLUS menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang lebih mudah, pantas dan lebih selesa.

Sehubungan dengan itu, PLUS sedang giat mengadakan pelbagai promosi untuk menggalakkan orang ramai yang menggunakan plaza-plaza tol tersebut untuk beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik.

"Di antaranya adalah penjualan kad PLUSMiles Touch 'n Go (dengan nilai prabayar RM5) dengan harga istimewa RM5 sehingga 31 Disember yang akan datang," jelas Fuad.

Selain daripada itu, pengguna kenderaan kelas 1 yang membayar tol secara elektronik di 9 plaza tol terbabit akan layak menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus di antara 30 November 2016 sehingga 31 Januari 2017 akan datang.

Menurut Fuad, pada ketika ini lebih daripada 70 peratus pengguna lebuh raya yang melalui plaza-plaza tol terbabit telahpun menggunakan sistem elektronik.

Terdahulu, inisiatif yang sama telah berjaya dilaksanakan di semua plaza tol kendalian PLUS di Bangunan Sultan Iskandar (2008), lebuh raya Linkedua (secara berperingkat sejak 2009), Plaza Tol Kempas (2014), Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau (November 2014), Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) pada Jun 2015, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Jitra (September 2015), Plaza Tol Lunas dan Kubang Semang di Lebuhraya Butterworth-Kulim (September 2015) serta plaza tol di Jambatan Pulau Pinang (September 2015).

"Transaksi tol secara elektronik adalah jauh lebih pantas dan selesa berbanding pembayaran tol secara tunai di mana lorong SmartTAG dan Touch 'n Go mampu mengendalikan kira-kira 1,000 dan 600 transaksi tol satu jam. Manakala Lorong Tunai Keluar pula hanya mampu mengendalikan kira-kira 180 transaksi dalam tempoh yang sama," jelas Fuad.

Fuad berkata demikian pada majlis taklimat pelaksanaan inisiatif tersebut kepada wakil-wakil media di Hotel Grand Alora, hari ini.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter