PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > DEEPAVALI: PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE FOR ELECTRONIC TOLL TRANSACTIONS

DEEPAVALI: PLUS OFFERS 20 PERCENT TOLL REBATE FOR ELECTRONIC TOLL TRANSACTIONS

PLUSMILES-SmallPLUS highway users on the North-South Expressway (NSE), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), North-South Expressway Central Link (ELITE) and the Malaysia-Singapore Second Crossing (Linkedua) paying toll electronically will be able to enjoy a 20 percent toll rebate in conjunction with Deepavali.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Managing Director, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid said, "Highway Class 1 users (light vehicles with 2 axles and 3 or 4 wheels except taxi) paying toll electronically via PLUSMiles cards, Touch 'n Go cards or SmartTAGs will be able to receive a 20 percent toll rebate for electronic toll transactions on 29 October (Saturday) in conjunction with Deepavali. It is offered to those travelling more than 100 kilometres on the PLUS highways."

According to Noorizah, the public paying toll electronically will still be required to pay the full toll amount on 29 October. However, the 20 percent toll rebate (in a form of toll reload) can be redeemed when they reload their electronic cards at all PLUS customer service centres between 15 November 2016 and 14 February 2017.

In addition to being part of the Deepavali celebration, the toll rebate is also an effort by PLUS to encourage the public to switch to electronic toll payment system which is easier and faster.

"The toll rebate can be enjoyed the whole day and is not restricted to a particular time of the day," Noorizah explained.

The toll rebate however does not apply at these following toll plazas - Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar and Penang Bridge.


PLUS TAWAR REBAT TOL 20 PERATUS UNTUK PEMBAYARAN TOL ELEKTRONIK SEMPENA CUTI DEEPAVALI

Pengguna rangkaian lebuh raya PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) yang membayar tol secara elektronik berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Deepavali yang akan datang.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Dato' Noorizah Hj Abd Hamid, "Pengguna Kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan 2 gandar dan 3 atau 4 roda kecuali teksi) yang membayar tol menggunakan sistem elektronik iaitu menerusi kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go dan SmartTAG berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 29 Oktober (Sabtu) bersempena dengan Hari Deepavali. Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari tersebut."

Menurut Noorizah, pada tarikh tersebut, pengguna sistem elektronik masih perlu membuat bayaran tol seperti biasa, tetapi rebat tol 20 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad Touch 'n Go atau kad PLUSMiles masing-masing (dalam bentuk tambah nilai) apabila mereka menambah nilai kad mereka dalam tempoh 3 bulan iaitu di antara 15 November 2016 sehingga 14 Februari 2017 akan datang di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

Pemberian rebat tol oleh PLUS ini merupakan salah satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Deepavali yang akan datang. Selain itu, ia adalah di antara strategi PLUS menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan lebih pantas.

"Rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari dan tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja," jelas Noorizah.

Walau bagaimanapun, rebat tersebut tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter