Media Release

PLUS HACKATHON 2018: 80 ‘HACKERS’ COMPETING FOR RM30,000

hackatonEighty 'hackers' from various fields are competing for cash prizes amounting to RM30,000.00 at "PLUS Hackathon 2018: Hacking the Highway" from 30 November until 1 December. The inaugural event for PLUS is aimed at co-creating and co-producing innovative and creative software and products with PLUS in providing added value services for highway customers.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Chief Technology and Innovation Officer, Shamsul Izhan Abdul Majid said, "PLUS is constantly focusing on applying the latest technologies to give added value highway services for its customers. The event allows PLUS to co-create and co-produce software, business solutions and products in its effort to offer smart and modern highway travel experiences in the future."

The 24-hour, non-stop Hackathon consists of experts from various fields such as programmers, software developers, graphic designers, project managers, and others including subject-matter-experts.

According to Shamsul, the event provides a platform for participants to showcase their ideas and potential in creating innovative applications or solutions, including to develop unique prototypes to provide a smarter travel experience, safer and cost effective for highway users in the future.

"Winners will be given the opportunity to collaborate with PLUS and Teras Teknologi as smart partners to co-produce selected applications, products or business solutions," said Shamsul.

Judging will be based on business model, innovation, creativity, application, relevance and many more.

The PLUS Hackathon offers the winning team RM10,000 cash prize while second and third place winners will walk away with RM5,000 and RM3,000 respectively.

HACKATHON PLUS 2018:

80 'PENGGODAM' BERSAING UNTUK MEREBUT HADIAH TERKUMPUL SEHINGGA RM30,000

Hadiah terkumpul sehingga RM30,000.00 menjadi rebutan 80 'penggodam' atau 'hackers' dari pelbagai bidang pada program 'Hackathon PLUS 2018: Hacking the Highway' pada 30 November sehingga 1 Disember ini. Program yang julung kali dianjurkan oleh PLUS ini bertujuan mencipta dan menghasilkan aplikasi atau produk yang inovatif dan kreatif bersama PLUS dalam memberikan nilai tambah kepada pelanggan lebuh raya.

Menurut Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Shamsul Izhan Abdul Majid, "PLUS sentiasa fokus untuk mengaplikasikan teknologi terkini dalam memberikan nilai tambah kepada pelanggan lebuh raya. Penganjuran Hackathon memberi peluang kepada PLUS untuk sama-sama mencipta serta menghasilkan aplikasi atau produk berteknologi tinggi dalam memberikan pengalaman perjalanan lebuh raya yang lebih pintar dan berteknologi tinggi di masa yang akan datang."

Bertemakan #hackingthehighway, program Hackathon PLUS yang berlangsung selama 24-jam tanpa henti ini disertai oleh pakar-pakar dalam bidang penghasilkan aplikasi digital, perisian komputer, pereka grafik, pengurus projek dan bidang-bidang lain.

Menurut Shamsul, program ini juga memberi peluang kepada peserta berkongsi idea dan potensi untuk mencipta atau membangunkan aplikasi yang inovatif, termasuk mencipta prototaip unik dalam membantu PLUS menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang lebih pintar, lebih selamat serta menjimatkan kos pada masa akan datang.

"Pasukan yang berjaya menghasilkan produk, prototaip atau aplikasi yang menarik dan praktikal akan diberi peluang bekerjasama dan menjadi rakan pintar PLUS dan Teras Teknologi untuk membangunkan dan merealisasikannya di lebuh raya PLUS," jelas Shamsul.

Pengadilan adalah berdasarkan beberapa kriteria iaitu model bisnes, inovasi, kreativiti, pelaksanaan, keberkesanan dan lain-lain lagi.

Hackathon PLUS menawarkan hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000, manakala RM5,000 dan RM3,000 untuk pemenang tempat kedua dan ketiga.