PLUS MALAYSIA BERHAD

Media Releases
Home > Media > A BEETLE FOR PLUS’ ROAD SAFETY SHORT VIDEO COMPETITION

A BEETLE FOR PLUS’ ROAD SAFETY SHORT VIDEO COMPETITION

bettls 1The winner of the PLUS MUFORS Road Reels short video competition which begins today until 25 November will drive away in a brand new Volkswagen Beetle.

According to PLUS Malaysia Berhad (PLUS) Managing Director, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid, "The RM130,000 car will be given to the winning entry with the most creative and most effective road safety message. The contest offers an opportunity for the public to deliver their road safety messages through short videos."

Opened to all Malaysians aged 18 and above, the PLUS MUFORS Road Reels video competition also offers RM10,000 and RM8,000 cash prizes to second and third place winners. RM2,000 consolation cash prizes will be given to 4th to 10th place winners while the People's Choice winner will walk away with RM3,000.

bettla 2"The video contest is part of PLUS strategies to educate the public on road safety under the Malaysians Unite For Road Safety (MUFORS) movement which is spearheaded by company since 2009," Noorizah explained.

"We believe that the video contest will be able to attract participation from university students and the younger generation and come on board with PLUS in making road safety a culture. The videos submitted for the contest will play an important role in educating the masses and promote road safety," she added.

The winning videos as well as some selected ones will be used as Public Service Announcement videos to relay road safety messages and at the same time, promote road safety. This can, in turn, reduce the number of accident statistics in the country.

Themed "Safer Together", this is the second road safety short video contest held since 2010.

The public can visit www.plusmuforsroadreels.com.my for more information on the video contest.

Noorizah was quoted at the launch ceremony of the PLUS MUFORS Road Reels Short Video Competition at the Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant, today.

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK PLUS MUFORS ROAD REELS: PLUS TAWAR KERETA VOLKSWAGEN BEETLE

Sebuah kereta Volkswagen Beetle menjadi rebutan pada pertandingan video keselamatan jalan raya, "MUFORS Road Reels" anjuran PLUS yang bermula hari ini sehingga 25 November akan datang.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Hj Abd Hamid, "Kereta bernilai lebih RM130 ribu tersebut akan diberikan kepada pemenang utama MUFORS Road Reels yang berjaya menghasilkan video keselamatan jalan raya dengan mesej yang kreatif dan berkesan. Ini adalah peluang untuk orang ramai untuk sama-sama menyampaikan mesej keselamatan jalan raya menerusi video pendek."

Pertandingan video pendek yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas ini turut menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan RM8,000 untuk pemenang tempat kedua dan ketiga. Manakala, hadiah saguhati RM2,000 diberikan kepada pemenang tempat ke-4 hingga ke-10. Selain itu, pemenang Kategori Video Pilihan Ramai akan membawa pulang wang tunai RM3,000.

"Pertandingan video pendek ini merupakan salah satu daripada strategi PLUS mendidik orang ramai tentang keselamatan jalan raya di bawah inisiatif 'Rakyat Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (MUFORS) yang diterajui oleh syarikat ini sejak 2009," jelas Noorizah.

"Kami percaya, pertandingan video pendek ini mampu menarik minat orang ramai, terutamanya pelajar-pelajar universiti, generasi muda, orang perseorangan dan lain-lain untuk bersama-sama PLUS memperjuangkan dan membudayakan keselamatan jalan raya di kalangan rakyat di negara ini. Secara tidak langsung, pertandingan ini boleh memainkan peranan yang besar dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya kepada masyarakat," tambah beliau.

Video-video yang memenangi pertandingan ini serta video-video yang sesuai akan digunakan sebagai Pesanan Khidmat Masyarakat PLUS bagi menyampaikan mesej keselamatan jalan raya dan seterusnya membantu membetulkan dan mengubah sikap negatif di jalan raya. Ini seterusnya akan menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan di negara ini.

Bertemakan 'Safer Together' pertandingan ini merupakan kali kedua dianjurkan sejak 2010.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan ini dengan melayari laman web di www.plusmuforsroadreels.com.my.

Noorizah berkata demikian pada majlis pelancaran Pertandingan Video Pendek PLUS MUFORS Road Reels di Restoran Jejantas Sungai Buloh hari ini.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter