Misi & Visi

Visi

Untuk Menjadi Kumpulan Lebuhraya Terunggul di Arena Global

Penyataan Misi

Menyediakan Rangkaian Lebuhraya yang Efisien dan Selamat untuk Meningkatkan Kualiti Hidup

 

Nilai-nilai Korporat

KEINGINAN
UNTUK BERJAYA

Komitmen kami untuk berjaya memastikan kami bersungguh-sungguh dan memacu kami ke hadapan untuk cemerlang di dalam apa jua perkara yang kamu lakukan.

INTEGRITI

Kewibawaan tersirat di dalam semua tindakan dan aktiviti perniagaan kami.

PRIHATIN

Dengan mengambil berat pihak berkepentingan dan alam sekitar, kami membantu memperkayakan kehidupan dan memberikan kehidupan berkualiti.

AMANAH

Dengan sifat boleh dipercayai, kami bertanggungjawab di atas apa yang kami lakukan dan cakapkan.

KERJA BERPASUKAN

Kerja berpasukan membolehkan kami untuk mengenalpasti sinergi, bakat, kemahiran dan pengalaman berbeza di kalangan kami untuk memberikan pencapaian ulung.

KEIKHLASAN

Keikhlasan menggariskan semua tindakan kami yang datang daripada hati yang lulus ikhlas.

PERBELANJAAN BERHEMAH

Kebijaksanaan Kewangan adalah falsafah pengurusan kami yang mewujudkan pengukuhan nilai pemegang saham dan memacu kejayaan jangka masa panjang kami.

 


Penyataan Dasar

Penyataan Dasar Kualiti
Kualiti PLUS adalah komitmen kami untuk mencapai Kepuasan Menyeluruh Pelanggan menerusi penambahbaikan berterusan di dalam sistem pengurusan kualiti, produk dan perkhidmatan kami selaras dengan peraturan dan piawai berkaitan.

Penyataan DasarAlam Sekitar
Ianya adalah dasar PLUS untuk menyediakan produk dan perkhidmatan Lebuh Raya yang mesra alam sekitar. Di dalam melaksanakan dasar ini, PLUS, selaras dengan piawaian antarabangsa akan terus menambahbaik pengurusan udara, air, bunyi dan pencemaran tanah yang mematuhi keperluan perundangan di samping menggalakkan pemuliharaan alam sekitar.

Penyataan Dasar Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan

Ianya adalah dasar PLUS untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerja, pelanggan, pelawat dan pihak lain untuk melakukan aktiviti bagi pihak PLUS dan pihak lain yang mungkin mengalami kesan daripada aktiviti kami. Di dalam melaksanakan dasar ini, PLUS akan terus menambahbaik pengurusan semua aktiviti yang mempunyai potensi kecederaan dan menjejaskan kesihatan di tempat kerja di samping memenuhi kesemua kehendak perundangan dan keperluan yang terpakai.