PLUS MALAYSIA BERHAD

Logo Rationale
Laman Utama > Corporate > Logo Rationale

Rasional Logo

Identiti visual PLUS yang baru terdiri daripada dua elemen: simbol logo berwarna biru bercirikan rekaan lebuh raya, dan jenama PLUS berwarna hijau di dalam rekabentuk huruf yang tersendiri.

Logo/Simbol:

Identiti PLUS yang baru mencerminkan nilai-nilai aspirasi pengendali lebuh raya berkelas dunia. Logo atau simbol di dalam bentuk yang bercirikan lebuh raya menyampaikan teras korporat yang cekap, pantas dan moden, di mana garis logo bersambung dengan jenama PLUS di dalam satu aliran yang dinamik.

Jenama:

Bentuk huruf untuk jenama PLUS yang bercirikan garisan lebuh raya sengaja digarap secara halus bagi menarik pengguna sebagai sebuah organisasi yang komited terhadap keperluan dan harapan pelanggan. Rekaan tersebut menggabungkan kekuatan PLUS selaku pengendali/kumpulan lebuh raya global unggul dengan semangat komuniti kukuh sebuah organisasi yang mengambil berat.

Warna Korporat:

Biru dipilih bagi mencerminkan pertalian syarikat dengan Kumpulan UEM, manakala warna hijau di dalam jenama PLUS telah dikekalkan untuk menghubungkan pelanggan yang sedia mengenali PLUS selaku pendahulu pengendali lebuh raya di negara ini.


 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter