PLUS MALAYSIA BERHAD

banner-plustrack-2

PLUSTrack

plustrack-card

PLUSTrack ialah sejenis kad elektronik untuk operator atau syarikat kenderaan berat bagi memudahkan bayaran tol, meningkatkan kecekapan dan memantau pergerakan kenderaan-kenderaan mereka. PLUSTrack menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang hebat.

Faedah PLUSTrack

REBET TOL 3%

Dapatkan Rebet Tol 3% untuk kegunaan tol sebanyak RM 150,000 ke atas sebulan di rangkaian lebuh raya PLUS * sahaja.*
* (tidak termasuk Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Bangunan Sultan Iskandar, Bukit Kayu Hitam dan Tanjung Kupang)

TANPA JAMINAN BANK DAN DEPOSIT

PLUSTrack berdasarkan konsep prabayar, oleh itu ia membantu memudahkan pengurusan kenderaan Syarikat dan penyelarasan aliran tunai anda.

KECEKAPAN TANPA WANG

Bendung tuntutan palsu atau sebarang percanggahan yang melibatkan pembayaran tol dari pemandu anda.

TAMBAH NILAI FLEKSIBEL

Kaedah Tambah nilai yang mudah menyenangkan penggunaan kad.

KAWALAN PERBELANJAAN YANG LEBIH BAIK

Melalui kemudahan tambah nilai sendiri, mengawal dan mengurus pembayaran tol harian menjadi mudah. PLUSTrack memberi anda fleksibiliti menentukan jumlah tambah nilai yang anda inginkan untuk kawalan perbelanjaan yang lebih baik.

CEPAT DAN TEPAT

PLUSTrack memastikan perjalanan yang lancar dan pantas supaya jadual penghantaran syarikat anda tidak menghadapi gangguan.

PERKHIDMATAN SOKONGAN KHAS

Perkhidmatan sokongan seperti latihan dalam syarikat akan diberi bagi memastikan operasi berjalan lancar.

PENJENAMAAN PERIBADI

Butiran Syarikat dan nombor pendaftaran kenderaan diletakkan pada setiap kad bagi mempertingkatkan penjenamaan Syarikat anda.

PENYATA DAN PENGESANAN FLEET SECARA ONLINE

Melalui perkhidmatan web kami, anda kini boleh memantau pergerakan kenderaan anda dengan terperinci sepanjang lebuh raya PLUS dan dalam masa yang sama anda boleh mengawal perbelanjaan tol melalui sistem penyata online kami.

Untuk melanggan perkhidmatan PLUSTrack, sila hubungi 03-7666 4248 atau 03-7666 4253.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter