PLUS MALAYSIA BERHAD

MUFORS Gallery

Galeri MUFORS

MUFORS Gallery

Galeri MUFORS diwujudkan dengan kerjasama di antara PLUS, Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis, AAM, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Terletak di R&R USJ di lebuh raya ELITE, Galeri MUFORS menyediakan pelbagai maklumat keselamatan jalan raya dan kepentingan keselamatan jalan raya kepada orang awam.

Galeri ini menyediakan ruang pameran oleh pelbagai agensi keselamatan jalan raya termasuk peralatan keselamatan jalan raya. Video dan filem pendek berkaitan dengan keselamatan jalan raya turut ditayangkan di dalam bilik audio-visual yang disediakan dan kini galeri ini merupakan salah stau lokasi utama bagi program keselamatan jalan raya.

Kami mempelawa anda untuk datang secara berkumpulan untuk lawatan eksklusif ke Galeri MUFORS untuk mendalami keselamatan jalan raya.

Bagaimana anda boleh memohon untuk mengadakan lawatan ke Galeri MUFORS?

Hantar e-mel atau surat permohonan (dengan kepala surat sekolah / organisasi) kepada kami dengan menyertakan butiran berikut:-

  1. Alamat dan no telefon sekolah/organisasi:
    • Nama guru/ketua penyalaras bersama maklumat untuk dihubungi
    • Tarikh lawatan
    • Masa lawatan
    • Bilangan guru / penyelaras yang menyertai
    • Bilangan pelajar / peserta (Sila nyatakan umur peserta kumpulan seperti pelajar sekolah Rendah atau Menengah; atau gelaran
  2. Surat yang ditandatangani hendaklah dihantar kepada Jabatan Komunikasi Korporat, PLUS Malaysia Berhad di alamat::-
    • Corporate Communications Department
      PLUS Malaysia Berhad
      Menara Korporat
      Persada PLUS
      Persimpangan Bertingkat Subang
      KM 15, Lebuhraya Baru Lembah Klang
      47301 Petaling Jaya
      Selangor Darul Ehsan
    • Faks kepada 03-7666 4698
  3. Hantarkan permintaan melalui e-mel kepada Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
  4. Anda akan menerima jawapan melalui mel /faks /e-mel atau panggilan daripada kami dalam tempoh satu minggu daripada tarikh permohonan anda dibuat.
 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter