PLUS MALAYSIA BERHAD

Contact Us
Laman Utama > Hubungi Kami > Soalan Lazim

Soalan Lazim

PLUS Highways/ Expressways

PLUS mengendali dan menyelenggara lebuh raya berikut:-

  • Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 772 km bermula dari sempadan Thailand di utara hingga sempadan Singapura di Selatan Semenanjung Malaysia;
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) sepanjang 35 kilometer menghubungkan Jalan Duta dan Bukit Raja di Klang;
  • Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR2) sepanjang 16 kilometer menghubungkan Subang dan Sungai Rasau di Klang;
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) sepanjang 23 kilometer menghubungkan Seremban dan Port Dickson;
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) sepanjang 63 kilometer menghubungkan Persimpangan Nilai Utara di Lebuhraya Utara-Selatan dan Shah Alam di NKVE;
  • Lebuhraya Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) antara Tuas di Singapura dan Tanjung Kupang di Johor merangkumi jalan bertol yang menghubungkan lintasan kedua dengan Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 47 kilometer;
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) sepanjang 17 kilometer menghubungkan Kulim di Kedah dan Seberang Perai di Pulau Pinang;
  • Jambatan Pulau Pinang sepanjang 13.5-km adalah lintasan penting menhubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai.

31 Disember 2038

Pengiraan kadar tol adalah berdasarkan kadar tol semasa (sen / km) dan jarak dilalui. Jarak dikira dari Had Tanggungjawab Penyelenggaraan PLUS (LMR) dan bukan dari plaza tol masing-masing. Jarak diperiksa dan diluluskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Maklumat trafik terkini disediakan melalui PLUSLine bebas tol (1800 88 0000), papan mesej elektronik yang dipasang di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya, stesen radio utama dan perkhidmatan Twitter PLUSTrafik.

 

LebuhrayaPersimpangan
Lebuhraya Utara-Selatan (termasuk NKVE, FHR2 & SPDH) 81
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 10
Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) 6
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) 5
Jambatan Pulau Pinang 3


 

LebuhrayaTol plaza
Lebuhraya Utara-Selatan (termasuk NKVE, FHR2 & SPDH) 79
Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) 9
Lintasan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) 3
Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) 2
Jambatan Pulau Pinang 1
Jumlah kesemua tol plaza 94


Sistem tertutup memerlukan pengguna 'sentuh' atau mengambil tiket transit / kad apabila memasuki lebuh raya dan ' sentuh keluar ' atau memulangkan tiket transit / kad apabila keluar. Kadar tol adalah berdasarkan Kelas Kenderaan dan jarak yang dilalui.

Bagi sistem Terbuka pula, tiada kad transit / tiket dikeluarkan. Walau bagaimanapun, pengguna perlu membayar tol apabila melalui plaza tol. Kadar tol adalah berdasarkan Kelas/Jenis Kenderaan.

Kenderaan bergerak perlahan seperti basikal, beca, traktor dan sebagainya tidak dibenarkan di lebuh raya PLUS.

Kira-kira 1.5 juta kenderaan menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS setiap hari.

Had laju umum di lebuh raya PLUS adalah 110 km/j kecuali di kawasan tertentu seperti:-

  1. Kawasan mendaki = 80km/j
  2. Menghampiri kawasan plaza Tol = 60km/j
  3. awasan bandar = 90km/j
  4. Sepanjang sistem terbuka (antara Jitra-Bukit KayuHitam dan FHR2) = 80km/j

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan mematuhi dan mengikuti semua papan tanda had laju sementara yang dipasang di sepanjang lebuh raya terutama di kawasan pembinaan atau di sebarang lokasi kejadian / kemalangan.

PERKHIDMATAN PLUSRONDA

Pengguna boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menggunakan telefon kecemasan yang disediakan di setiap dua kilometer sepanjang lebuh raya atau menghubungi talian bebas tol PLUSLine di 1 800 88 0000.

Pasukan PLUSRonda dengan Kuasa Polis Bantuan meronda lebuh raya 24-jam sehari. Antara perkhidmatan percuma ditawarkan oleh pasukan PLUSRonda adalah pembaikan kecil kenderaan, menunda kenderaan ringan ke tempat selamat terdekat atau plaza tol dan menyediakan pengurusan trafik semasa kemalangan dan kecemasan.

Trak tunda atau pembawa sedia ada hanya boleh membawa kenderaan ringan seperti kereta penumpang, teksi, van dan lori kecil tanpa beban.

Kenderaan yang mengalami masalah mekanikal akan ditunda oleh PLUSRonda ke lokasi selamat terdekat seperti plaza tol, R&R atau hentian sebelah.

Anggota PLUSRonda tidak boleh mengeluarkan saman trafik kepada pengguna lebuh raya walaupun mereka adalah juga pegawai Polis Bantuan. Saman hanya boleh dikeluarkan oleh pasukan Polis Lebuhraya yang juga meronda lebuh raya.

Pasukan PLUSRonda menggunakan pelbagai jenis kenderaan untuk membuat rondaan di lebuh raya iaitu kenderaan pacuan empat roda, trak tunda dan motosikal.

Pada masa ini terdapat 140 pasukan PLUSRonda dengan lebih daripada 400 kakitangan. Pada hari biasa, 46 pasukan diperuntukkan untuk syif pagi, 50 pasukan untuk syif petang dan 44 pasukan untuk syif malam..

Nota: Terdapat beberapa kes di mana pengguna lebuh raya telah ditipu oleh pengendali trak tunda yang mendakwa mereka adalah anggota PLUSRonda atau mereka telah dihantar oleh PLUS untuk menunda kenderaan mereka. Untuk mengelakkan kejadian ini, pengguna dinasihatkan menghubungi PLUSLine (1800 88 0000) untuk mendapat pengesahan. Pengguna lebuh raya tidak digalakkan berurusan dengan pengendali trak tunda atau ejen atau menandatangani apa-apa dokumen atau surat kebenaran.

KAWASAN REHAT DAN RAWAT

Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), disediakan di setiap 80-100 kilometer menyediakan kemudahan seperti gerai makanan, wakaf, motel lebuh raya (lokasi terpilih sahaja), surau, stesen minyak, tandas awam, kedai serbaneka, ATM, telefon awam, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak.

Hentian Sebelah disediakan di setiap 25-50 kilometer di sepanjang lebuh raya. Hentian Sebelah menawarkan kemudahan asas seperti tandas awam, telefon awam, tempat letak kereta dan pondok rehat. Sesetengah Hentian Sebelah yang telah dinaik taraf menawarkan kemudahan tambahan seperti gerai makanan, stesen minyak, surau dan lain-lain..

Kini terdapat 48 Hentian Sebelah (termasuk puncak vista dan pusat Pemandu lori) dan 27 R&R (termasuk restoran jejantas) di semua lebuh raya kendalian PLUS.

SISTEM TOL ELEKTRONIK

Kad Touch 'n Go (termasuk kad PLUSMiles) dan SmartTAG.

Kad PLUSMiles adalah kad pra-bayar pintar Touch 'n Go yang membolehkan pemegang kad untuk menikmati rebat tol 5% atau mata ganjaran bagi penggunaan tol di lebuh raya PLUS dan menerima diskaun daripada rakan niaga menyertai PLUSMiles.

Pembelian dan pendaftaran Kad PLUSMiles boleh dibuat di Pusat Khidmat Pelanggan di sepanjang lebuh raya PLUS. Kad ini juga boleh didapati semasa program jualan PLUSMiles dan di stesen minyak terpilih.

PLUSTrack adalah kad pembayaran tol secara elektronik untuk pengendali dan operator kenderaan berat. Ia menawarkan pelbagai bentuk ganjaran (tertakluk kepada terma dan syarat PLUSTrack). Syarikat pengangkutan boleh memohon dengan menghubungi Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Jualan di 03-7666 4666.

CADANGAN JADUAL PERJALANAN (TTA)

TTA adalah jadual perjalanan berperingkat untuk beberapa destinasi di sepanjang lebuh raya. Ia merupakan penjadualan perjalanan untuk membantuk aliran trafik semasa musim perayaan dan mengurangkan kesesakan lalulintas di lebuh raya utama semasa waktu puncak.

KERJAYA DI PLUS

Sila hantar permohonan ke Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter