PLUS MALAYSIA BERHAD

Laman Utama > Corporate > Board of Directors

Lembaga Pengarah

Ahli lembaga Pengarah kami terdiri daripada individu yang berpengalaman dan komited yang membawa bersama mereka kemahiran yang luas. Dengan kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang luas, mereka dapat memantau kegiatan perniagaan Kumpulan secara berkesan.

Setakat 31 Mei 2012, Lembaga Pengarah mempunyai tujuh orang Pengarah terdiri daripada seoarang ahli eksekutif dan enam orang ahli bukan eksekutif.

 Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd KassimNon-Independent Non-Executive Chairman Mengembangkan/ Keruntuhan

Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim, warganegara Malaysia berumur 72, telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Plus Malaysia Berhad pada 24 Februari 2012. Tan Sri adalah lulusan ijazah B.A. (Kepujian) Ekonomi daripada Universiti Malaya, Diploma in Economic Development daripada Universiti Oxford, United Kingdom dan Sarjana Ekonomi daripada Vanderbuilt University, Amerika Syarikat. Beliau juga pernah menjadi Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad dari 1994 sehingga Ogos 2003 setelah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan selama 3 tahun. Beliau juga merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi dari 1989 sehingga 1991.

Sebelum perlantikan beliau sebagai Pengerusi Syarikat, Tan Sri Sheriff merupakan Pengerusi PLUS Expressways Berhad dari Februari 2002 sehingga Mac 2012.

Tan Sri Sheriff adalah Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan turut berkhidmat selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Manulife Holdings Berhad, Scientex Berhad, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad dan Konsortium Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd.





 Dato’ Mohd Izzaddin IdrisNon-Independent Non-Executive Director Mengembangkan/ Keruntuhan

Dato’ Izzaddin Idris telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM Berhad pada 7 Julai 2009.

Dato’ Izzaddin mempunyai kelulusan Ijazah Perdagangan (Kepujian Kelas Pertama di dalam Kewangan) daripada Universiti New South Wales, Australia. Beliau juga adalah Fellow CPA Australia dan ahli Institut Akauntan Malaysia.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di dalam bidang perbankan pelaburan, pengurusan kewangan dan umum dan pernah menjadi Ketua Pegawai Kewangan/Naib Presiden Kanan (Kumpulan Kewangan) Tenaga Nasional Berhad, jawatan yang disandangnya daripada September 2004 sehingga Jun 2009.

Beliau pernah menjadi Naib Presiden Kanan (Kewangan Korporat) Southern Bank Berhad dan Ketua Pegawai Kewangan Ranhill Berhad. Beliau juga pernah memagang jawatan Ketua Pegawai Operasi Malaysian Resources Corporation Berhad sekitar lewat 1990-an.

Setelah menamatkan pengajiannya pada Jun 1985, Dato’ Izzaddin berkhidmat dengan Malaysian International Merchant Bankers Berhad hampir 11 tahun, termasuk dipinjamkan selama 3 tahun pada lewat 1980-an ke Barclays de Zoete Wedd Limited, sebuah bank pelaburan berpangkalan di London yang merupakan sebuah anak syarikat Barclays Bank PLC pada masa itu.

Dato’ Izzaddin pada masa ini menduduki Lembaga UEM Land Holdings Berhad, PLUS Malaysia Berhad, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad, Cement Industries of Malaysia Berhad, TIME Engineering Berhad, Faber Group Berhad, Opus Group Berhad, UEM Builders Berhad dan ACWA Power International, sebuah pengeluar bebas air dan tenaga yang berpangkalan di Arab Saudi.

Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, sebuah yayasan yang tidak berasaskan keuntungan yang menyokong pelaksanaan aktiviti dan inisiatif sumbangan tanggungjawab sosial korporat UEM. Beliau juga adalah Pengarah Yayasan Putra Business School.

Beliau pernah berkhidmat di dalam Lembaga Proton Holdings Berhad dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).







 Datuk Azman Ismail Pengarah Urusan Mengembangkan/ Keruntuhan

Datuk Azman bin Ismail was appointed as Managing Director of PLUS Malaysia Berhad on 1 January 2017. He also sits on the Board of Projek Lebuhraya Usahasama Berhad, Teras Teknologi Sdn Bhd, Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd and PLUS Helicopter Sdn Bhd.

Datuk Azman, a graduate of University of Nebraska-Lincoln, USA where he earned his Bachelor of Science in Chemical Engineering, was formerly a Managing Director of Shell Malaysia Trading Sdn Bhd and General Manager of Retail Business overseeing Shells' petroleum retailing in Malaysia and Brunei – two positions he held concurrently.

He's had a 30 years distinguished career at the global oil & gas company where he held several key roles including those in operations, retail as well as finance. Datuk Azman also headed the transformation of the retail business in Malaysia, leading to significant increase in financial results and improvements in Health, Security, Safety and Environment (HSSE), customer focus, business controls and turnarounds.

Datuk Azman Ismail currently sits as a Board member of Malaysia Institute of Road Safety Research.

 

 

 Dato’ Shahril Ridza RidzuanNon-Independent Non-Executive Director Mengembangkan/ Keruntuhan

Dato’ Shahril Ridza Ridzuan, warganegara Malaysia, berumur 41, telah dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas PLUS Malaysia Berhad pada 16 November 2011.

Dato’ Shahril Ridza memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Sivil (Kelas Pertama) dari Universiti Oxford, England dan Sarjana Kesenian (Kelas Pertama) dari Universiti Cambridge, England.Dato’ Shahril Ridza memulakan kerjayanya dengan Tetuan Zain & Co.dari 1994 sehingga 1996 dan kemudiannya menyertai Trenergy (M) Berhad/Turnaround Managers Inc (M) Sdn Bhd sebagai Pembantu Khas kepada Pengerusi Eksekutif pada 1997. Beliau telah menyertai Pengurusan Danaharta Nasional Berhad pada 1998. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif SSR Associates Sdn Bhd pada 1999 sehingga Ogos 2001.

Dato’ Shahril Ridza kemudiannya dilantik ke Lembaga Malaysian Resources Corporation Berhad ("MRCB") pada 9 Ogos 2001 dan seterusnya dilantik Pengarah Urusan Kumpulan dari 1 September 2003 sehingga 1 Disember 2009. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan ahli jawatankuasa ESOS MRCB.

Beliau juga adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Dato’ Shahril Ridza turut menjadi penama Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Dato’ Shahril Ridza turut memegang jawatan pengarah di dalam Media Prima Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, Felda Global Ventures Holdings Berhad dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad.





 Mohamad Hafiz KassimNon-Independent Non-Executive Director Mengembangkan/ Keruntuhan

Mohamad Hafiz joined the EPF in 2008 and currently heads the Capital Market Department since April 2017. The Capital Market Department manages the EPF's Fixed Income (Internal & External) portfolios and Corporate Finance activities. Prior to his current role, Mohamad Hafiz headed the Private Markets and Private Equity departments.

Mohamad Hafiz has more than 20 years experience in investment analysis, private equity investing, accounting and auditing.

Mohamad Hafiz is a graduate in Accounting and Finance from the London School of Economics. He is a fellow of the Association of Chartered Certified Accountants and a CFA charterholder. He is a Board member of PLUS Berhad, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd and SMW Environment Holdings Sdn Bhd. In addition, he sits on the Advisory Board of several private equity and real estate funds.

 

 

 Wong Shu HsienNon-Independent Non-Executive Director Mengembangkan/ Keruntuhan

Wong Shu Hsien telah dilantik ke Lembaga PLUS Malaysia Berhad pada 13 Februari 2012 dan ke Lembaga Projek Lebuhraya Usahasama Berhad pada tarikh yang sama.

Beliau memegang kelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Cambridge dan Ijazah Sarjana Ekonomi dari London School of Economics.

Beliau adalah Penganalisis Kewangan Berkanun. Beliau menyertai Khazanah Nasional Berhad pada Februari 2005 daripada Bina Fikir Sdn Bhd. Sebelum itu beliau berkhidmat di firma ekuiti persendirian yang dikenali sebagai Emerging Markets Partnership, sebagai Penasihat Utama kepada AIG Infrastructure Fund II. Sebelum itu, Shu Hsien berkhidmat sebagai penganalisa kajian. Pada masa ini, beliau adalah Pengarah Pelaburan di Khazanah Nasional Berhad.

Beliau juga adalah Pengarah Kumpulan UEM Berhad.





 Lim Tian HuatIndependent Director Mengembangkan/ Keruntuhan

Lim Tian Huat, warganegara Malaysia, berumur 57, telah dilantik sebagai Pengarah Bebas PLUS Malaysia Berhad pada 1 Mac 2012. Beliau adalah ahli Institut Akauntan Malaysia (“MIA”), ahli Majlis Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (“MICPA”) dan ahli Fellow Persatuan Akauntan Berkanun Bertauliah (“ACCA”). Beliau adalah Presiden pengasas Persatuan Pengamal Insolvensi Malaysia (“IPAM”), Beliau memegang kelulusan Ijzah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian).

Beliau adalah Akauntan Berkanun yang beramal di firmanya sendiri, Lim Tian Huat & Co. Beliau juga adalah Pengarah Urusan Andersen Corporate Restructuring Sdn. Bhd.

Lim Tian Huat juga telah mengarang secara bersama sebuah buku bertajuk “The Law and Practice of Corporate Receivership in Malaysia and Singapore”. Beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya ke Suruhanjaya Pemampasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk tempoh 5 tahun dari 1998 sehingga 2002. Encik Lim Tian Huat juga telah dilantik oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri sebagai ahli Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Korporat (“CLRC”) di bawah skop Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Objektif CLRC adalah untuk mengemaskini dan menambahbaik Akta Syarikat.

Lim Tian Huat juga adalah Pengarah Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, Malaysia Building Society Berhad dan Alam PE Holdings (L) Inc. Beliau juga adalah Pengarah Bank of Yingkou, China.







 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter