PLUS MALAYSIA BERHAD

Company Background
Laman Utama > Corporate

Latar Belakang

Background

PLUS Malaysia Berhad (PMB) telah diperbadankan pada 29 November 2010 dan terlibat dengan pegangan pelaburan.

Pada 29 November 2011, PLUS telah berjaya melengkapkan pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Berhad ("PEB"). Semenjak itu, PMB menjadi syarikat pegangan Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd ("ELITE"), Linkedua (Malaysia) Berhad ("Linkedua"), Konsortium Lebuh Raya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd ("KLBK"), TERAS Teknologi Sdn Bhd ("Teras"), PLUS Helicopter Services Sdn Bhd ("PHS") dan ianya juga adalah pemegang saham besar Touch 'n Go Sdn Bhd.

Sebagai sebahagian amalan korporatnya, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad, anak syarikat milik penuh PMB, telah diperbadankan pada 27 Julai 2011 untuk melakukan penggabungan semua konsesi lebuh raya di bawah satu entiti tunggal. Pemerolehan kesemua aset lima konsesi lebuhraya telah dilengkapkan pada 12 Januari 2012.

Dengan lengkapnya pemerolehan tersebut, PMB adalah pengusaha lebuh raya bertol terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara.

 
PLUSLine: 1-800-88-0000
Toll Rates

plusmiles

 

 

icon-twitter

 twitter @kembara plus

 

 

travelsmarter